13

7K 277 2
                                    

"BERTUNANG?" Jefri dikejutkan dengan berita pertunangan antara dia dengan Tengku Adurah melalui satu panggilan daripada Tengku Jaafar.

"Ya, bertunang."

"Why me, Tengku?" soal Jefri tidak puas hati. Kenapa dia kena jadi kambing hitam?

"Because Adurah sukakan you."

"I hanya anggap Adurah sebagai kawan aje, Tengku. Tak lebih dari itu." Dia tidak pernah rapat dengan Tengku Adurah malah untuk mempunyai perasaan suka itu jauh sekali.

"I tak peduli semua itu, Jefri. Apa yang I buat, you kena follow."

"You ingat you tu raja untuk I follow everything yang you buat?" marah Jefri. Sudah tidak menghiraukan kesakitan yang tengah dialaminya ini.

"Listen, Jefri. I ada power dalam industri ni. If you tak follow arahan I, I akan pastikan Keris Corperation merempat tepi jalan and you akan masuk jail." Ugut Tengku Jaafar.

Jefri ketawa menyindir.

"Demi you daughter, you sanggup bersikap pentingkan diri sendiri? You kejam, Tengku."

"Adurah satu-satunya anak perempuan yang I ada. Segala permintaan dia, harus I tunaikan termasuk memiliki you, Jefri."

"I bukan barang untuk dimiliki."

"Tapi you inginkan Keris Corperation kan? You nak rampas syarikat ni dari Tan Sri Halim demi dendam you pada dia. Betul tak?" teka Tengku Jaafar. Rahsia Jefri tersimpan kemas dalam gengamannya.

"Macam mana you tahu pasal ni?" soal Jefri kehairanan. Bagaimana Tengku Jaafar mengetahui niatnya.

"Tan Sri Victor dah banyak bantu I dalam perniagaan dan dia merupakan kawan baik I. So dari hubungan kami ini, I dapat tahu tentang siapa you dan kenapa you masuk Keris Corperation." Ia sebenarnya merupakan satu kebetulan. Tan Sri Victor merupakan datuk kepada Jefri dan bapa mentua kepada Suraya. Ketika Tan Sri Victor meminta bantuan untuk mencari ibu Jefri, Tengku Jaafar terkejut dengan penemuannya dan ia telah membawa Tengku Jaafar mengambil masa bertahun-tahun untuk selesaikannya.

Jefri terkejut.

Datuknya itu tidak boleh simpan rahsia.

"Termasuk ibu I?"

"Yes. Termasuk ibu you."

"Tapi kenapa you nak I bertunang dengan Tengku Adurah? Apa kaitannya?"

"Macam yang I beritahu you tadi, Adurah sukakan you. Dia nak memiliki you so I pun terfikir kalau you dengan Adurah berkahwin nanti, siapa agaknya akan dapat untung? Mesti Tan Sri Halim kan? Sebab Tan Sri Halim mengidamkan kedudukan dalam syarikat I ini. Tapi disebabkan you jadi CEO dan bukan anaknya sendiri yang memiliki jawatan kedua terpenting dalam syarikatnya, dia terpaksa harapkan you bagi mendapatkan apa yang dia nak dan keinginan dia juga akan tercapai melalui perkahwinan you dengan Adurah. Kalau you nak tahu, idea pertunangan ini datangnya dari Tan Sri Halim. Kebetulan aje Adurah sukakan you. I hanya memanfaatkannya." Jelas Tengku Jaafar.

"You tak rasa ini dah menguntungkannya?"

"Tak. Ia tak menguntungkan dia. Sebaik sahaja you berkahwin dengan dia, perjanjian yang I buat dengan Tan Sri Halim iaitu mempunyai jawatan dalam syarikat I bersama saham yang diberikan kepada dia takkan terjadi. I akan buat perjanjian ini dibatalkan. So... dia akan menangis teresak-esak kerana keinginan dia dah hancur. Malah, I akan rampas Keris Corperation untuk diserahkan kepada you. I nak you bersihkan nama Keris Corperation yang hampir tercemar kerana dia."

Cara ini sangat adil buat Jefri dan Tengku Adurah. Dendam Jefri pada Tan Sri Halim akan terlunas dan Tengku Adurah akan memiliki lelaki yang dicintainya.

"I setuju dengan rancangan you ini tapi I tak boleh berkahwin dengan Tengku Adurah."

Jawapan daripada Jefri membuatkan Tengku Jaafar kurang senang.

"Kenapa? Apa kurangnya Adurah pada you?" soal Tengku Jaafar.

"I mencintai seseorang."

"Hanna?"

"Dialah yang i cintai. Mencintai dia merupakan sebuah pintu yang mengajar I untuk menghargai orang yang mencintai I."

Tengku Jaafar menarik nafas dan menghembuskannya secara perlahan-lahan. Apabila mendengar perkataan mencintai seseorang secara automatik dia teringatkan cinta pada arwah isteri pertamanya. Walaupun telah memiliki Puan Naurah, dia tidak pernah melupakan cinta pertamanya itu.

Jefri dan Adurah, tidak mungkin dapat hidup bersama. Adurah sudah tahu Jefri sudah berpunya tetapi tetap inginkan Jefri juga kerana memiliki keinginan yang luar biasa gara-gara cinta.

Jadi, dia kena ubah rancangan ini. Dia tidak mahu mementingkan diri sendiri hanya kerana mahu membalas dendam bagi pihak Puan Naurah.

"Baiklah. I ubah rancangan. You berpura-pura bertunang dengan Adurah. Biar Tan Sri Halim bergembira dan menyangka rancangan dia telah berjaya. You pasti ada bukti untuk memastikan dia masuk penjara kan? Bukti rasuah dan pembunuhan dia lakukan 20 tahun yang lalu. You mesti nak gunakan bukti itu."

"I tak sangka you terlebih tahu tentang apa yang I nak buat."

"I tahu lebih dari itu, Jefri."

"So... berpura-pura bertunang?"

"Then, kita hancurkan dia perlahan-lahan."

"Okey, I akan ikut permainan dia. Selebihnya, I serahkannya pada you."

"No hal, my boy."

Tentang Tengku Adurah, Tengku Jaafar terpaksa mempergunakan anak perempuannya demi rancangannya. Dia harap anak perempuannya itu mengerti mengapa dia melakukan semua ini. Demi Jefri dan Suraya, Tengku Jaafar sanggup melakukan apa sahaja.

Panggilan diletakkan.

Jefri masih duduk di kerusi roda. Berita mengenai dia ditikam oleh penagih dadah sudah tersebar meluas dalam syarikat mahupun dalam industri pembinaan serta kenalan-kenalan yang dia rapat juga terus menghubunginya menanyakan khabar. Setakat ini Jefri masih boleh bergerak tetapi dia disarankan oleh doktor untuk tidak melakukan kerja berat.

Jam 3 petang mesyuarat penting antara ahli lembaga pengarah. Dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk menghadiri mesyuarat ini. Jefri meminta Ashraf mengambilnya di rumah untuk pergi ke pejabat kerana mahu menghadiri mesyuarat.

Berlaku pertemuan antara Jefri dengan Tan Sri Halim sebelum memasuki bilik mesyuarat. Setelah berbulan-bulan lamanya tidak bertentangan mata dan kali terakhir mereka bertemu di majlis makan malam Tengku Jaafar. Selepas itu, Tan Sri Halim tidak memunculkan diri lagi.

"Tahniah, Jefri. Akhirnya kau ikut apa aku suruh. Tak lama lagi, syarikat kita akan berkembang maju seperti yang kau inginkan." Seperti yang dia rancang sudah berjaya.

"Jangan bergembira lagi, Tan Sri. I baru aje bertunang. Belum berkahwin."

"Then, kahwinlah cepat-cepat."

"Tak semudah itu. Nak masuk dalam syarikat Tengku Jaafar, ia harus teliti. Kita tak boleh ceroboh syarikat orang dengan tergopoh-gopoh, nanti rosak plan kita."

Tan Sri Halim ketawa.

"Baiklah kalau macam tu. Aku ikut aje cara kau asalkan Keris Corperation maju."

Tan Sri Halim hanya mahukan kuasa untuk menyingkir Jefri dari Keris Corperation dan sedikit kuasa dalam TJ Holding itu. Jika Tengku Jaafar ingin melantik Jefri sebagai CEO syarikatnya, dia tidak kisah kerana Jefri akan memberikan apa yang dia minta. Biar Jefri uruskan TJ Holding dan dia akan uruskan kembali Keris Corperation yang telah terlepas hak pemilikannya ini.

Dia menyesal kerana melantik Jefri sebagai CEO. Sangat menyesal dan kenapalah dua orang bekas ahli lembaga pengarah boleh jual saham kepada orang luar seperti Jefri ini? Andai Haqeem lagi bijak dari Jefri, pasti Tengku Adurah itu dia jodohkan dengan Haqeem tetapi Haqeem itu bodoh! Bodoh macam mamanya.

TUAN JEFRIWhere stories live. Discover now