TEPAT jam 10 malam, Jefri pulang ke rumahnya. Kepulangannya disambut oleh Jazli, satu-satunya adik Jefri yang berusia sepuluh tahun. Jazli sudah lama menunggu abangnya pulang. Mak Teh sudah acap kali menyuruh Jazli masuk tidur, tetapi Jazli tidak mahu. Dia tetap mahu tunggu abangnya balik.
"Abang!" Jazli meluru ke arah Jefri. Dia peluk abangnya.
"Kenapa tak tidur lagi? Esokkan Jaz bersekolah." Jefri meleraikan pelukan. Dipimpin tangan adiknya ke sofa. Kedua-duanya duduk.
"Jaz tunggu abang balik."
"Jaz tahukan abang selalu balik lewat. Tak perlu tunggu abang."
"Hm, Jaz ada something nak beritahu abang."
"Nak beritahu apa?"
"Jaz dapat nombor satu dalam kelas. Esok cikgu nak buat majlis bagi hadiah dan Jaz nak abang pergi esok. Boleh tak?" tanya Jazli. Berharap abangnya datang menyaksikan dia menerima hadiah atas kecemerlangannya dalam pelajaran.
"Hm, abang sibuk." Balas Jefri ringkas membuatkan Jazli hampa.
"Abang selalu sibuk. Sibuk sampai hal Jaz abang tak peduli. Abang abaikan Jaz." Marah Jazli.
Kepala Jazli diusap dengan lembut.
"Abang sibuk sebab abang cari rezeki dan kesenangan untuk Jaz." Pujuk Jefri.
"Tapi perlu ke abang abaikan Jaz?" Jazli ini bijak budaknya. Dia bercakap seperti orang dewasa. Dan memang dia rasa Jefri abaikan dia.
Jefri senyum.
"Abang tak abaikan Jaz pun."
"Ada!"
"Okey. Esok abang pergi sekolah Jaz." Jefri mengalah. Lagipun esok dia tiada kerja yang perlu dibuat. Eloklah dia ambil cuti sehari pergi ke sekolah Jazli.
"Betul ni?"
"Ya, betul."
"Horeeyyy. Thanks, abang."
"Dah, Jaz pergi tidur. Esok bangun awal. Kita pergi sekali."
"Okey, abang." Jazli bangun dan naik ke atas. Kemudian Jazli turun bawah semula.
"Abang,"
"Kenapa tak tidur lagi ni? Degillah, Jaz ni." Jefri buat-buat marah.
Jazli sengih.
"Kereta mainan yang abang beli dua bulan lepas dah rosak. Boleh tak abang belikan yang baru untuk Jaz?" pintanya. Bukan salah dia kereta mainan yang berharga ratusan ringgit itu rosak. Ini salah Qistina, rakan sekelasnya yang merosakkan kereta mainannya. Alasannya Jazli tidak patut bawa barang mainan ke sekolah. Mentang-mentanglah Qistina itu pengawas sekolah, suka hati dia aje rosakkan barang orang.
Kening Jefri bertaut.
"Macam mana boleh rosak?" soalnya.
"Ada pengawas sekolah rosakkan. Bukan salah Jaz, abang."
"Siapa?"
"Namanya Qistina."
"Tak apa, esok kita jumpa pengawas sekolah yang nama Qistina. Kita suruh dia ganti rugi."
"Okey, abang. Jaz naik dulu."
Jazli terus naik ke atas.
Jefri mengeluh. Dia menyandar di sofa. Tali leher dileraikan. Penat menguasai diri. Lagi penat memikirkan urusan syarikat yang menjadi tanggungjawabnya. Dia kini bukan orang biasa. Dia sudah menjadi CEO Keris Corperation Sdn Bhd. Jawatan CEO itu dia perolehi dari Tan Sri Halim.

ANDA SEDANG MEMBACA
TUAN JEFRI
RomanceHidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu. Untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Hanif, Hanna minta...