7

7.9K 290 8
                                    

HANNA mengambil kesempatan ke atas cuti yang diberikan oleh Tuan Jefri selama tiga hari itu pulang ke kampung bersama Suraya. Sebaik sahaja Hanna pulang ke rumah, Tok Pah segera memanggil Hanna masuk ke biliknya.

Hanna mengetuk pintu bilik Tok Pah. Tok Pah menyuruh Hanna masuk. Hanna duduk berhadapan dengan Tok Pah yang duduk bersila.

"Dah jumpa calon?" tanya Tok Pah pendek tetapi menyeksa hati Hanna.

"Belum." Jawab Hanna jujur.

Tok Pah nampak seperti tidak puas hati dengan jawapan Hanna.

"Tok sudah berikan calon untuk kamu tetapi kamu pula yang menolaknya." Tok Pah tidak berpuas hati. Rancangannya ditentang hebat oleh menantunya menyebabkan Hanna suka hati memilih orang luar menjadi ahli keluarganya.

"Hanna tak cintakan Abang Hanif." Entah berapa kali Hanna memberitahu Tok Pah, tetapi Tok Pah tidak pernah mengerti mengapa Hanna menolaknya. Bagi Tok Pah, orang luar hanya merosakkan keluarga ini sedangkan apa yang penting dalam rumah tangga ialah cinta.

"Berkahwin bukan untuk bercinta tetapi untuk kekalkan keluarga kita dari dimasuki orang luar." Tegas Tok Pah.

"Kalau tak bercinta, bolehkah rumah tangga yang dibina itu kekal?" Hanna berkata begitu kerana dia melihat ayah dan maknya sentiasa bergaduh walaupun hal kecil sekalipun. Kata Puan Rahmah, Encik Nasir tidak pernah mencintainya dan anggap Puan Rahmah sebagai orang luar walaupun sudah berkahwin selama 26 tahun.

"Boleh. Kamu berdua sepupu dan sudah membesar bersama-sama sejak dari kecil lagi."

"Bukan sebab itu yang menjadi persetujun untuk Hanna berkahwin dengan Abang Hanif."

"Kamu tak ubah seperti Suraya!" tengking Tok Pah. Anak bongsunya yang berkahwin dengan pilihan sendiri entah hidup atau mati. Sudah bertahun-tahun dia tidak mendengar khabar dan Tok Pah tidak mahu mengambil tahu tentang Suraya itu.

"Tok! Jangan samakan Hanna dengan mak su. Hanna dah berjanji dengan tok yang Hanna takkan ulangi kesilapan yang pernah mak su buat dulu." Hanna menyakinkan Tok Pah.

Kenapa Tok Pah selalu menyamakan dia dengan mak su? Hanna tak faham dengan Tok Pah ini.

"Tok tak boleh percayakan kamu, Hanna."

Hanna mengeluh.

"Bagilah Hanna satu peluang." Rayu Hanna.

"Keputusan tok muktamad. Kamu ada masa lima hari lagi untuk cari calon. Kalau tak dapat, kahwin dengan Hanif!"

Hanna diam mendengar sahaja. Dia berdoa agar dipertemukan dengan calon suami secepat yang mungkin.

Hanna keluar dari bilik Tok Pah setelah Tok Pah menyuruhnya keluar.

#

HANIF segera datang ke rumah Tok Pah dengan membawa daging gulai kicap kegemaran Hanna. Dia sendiri yang menggorengnya. Disediakan khas untuk bakal isterinya itu. Hanif tahu Hanna tidak sudi berkahwin dengannya dan Hanna diberikan masa yang mana tinggal beberapa hari saja lagi untuk mempertemukan calon suami kepada Tok Pah. Dia diberitahu oleh Taufiq yang Hanna masih belum berjumpa dengan calon suami Hanna itu. Jadi, Hanif mahu memikat Hanna dengan cepat. Dia akan ubah prinsip mengarut Hanna itu. Cinta dia pada Hanna tidak harus dimusnahkan begitu sahaja.

Hari ini dia bercadang hendak berkelah dengan Hanna. Berdua-duaan. Eh, kena bertiga. Jadi dia sudah ajak Taufiq dan Qistina yang kebetulan cuti sekolah. Taufiq dan Qistina sudah berada di sungai. Taufiq juga sedang memancing ikan. Selain menjamu selera dengan daging gulai kicap, dia juga mahu membakar ikan.

"Assalamualaikum," Hanif yang datang dengan motorsikal Honda Ex5 memberi salam kepada penghuni rumah itu.

Hanna yang sedang melayari Facebook dalam laptopnya bangun dan mengintai dari jendela.

TUAN JEFRIWhere stories live. Discover now