"SURAYA dah cerita semuanya tentang kau dengan sepupu kau yang kena kahwin paksa tu." beritahu Jefri ketika memanggil masuk Hanna. Setelah berfikir sedalam-dalam yang mungkin, Jefri bersetuju dengan permintaan Suraya. Dia kena menunaikan setiap permintaan Suraya termasuklah dalam membantu masalah Hanna itu.
"Tak guna punya kawan." Hanna mengerutu geram. Berani pula Suraya meminta tolong daripada Tuan Jefri. Tetapi dia menarik nafas lega apabila Tuan Jefri bersetuju hendak membantunya. Terima kasilah, Suraya.
"Jadinya tuan nak bantu sayalah?" tanya Hanna tidak yakin. Bimbang Tuan Jefri tarik diri pula. Nanti dia yang terkena.
"Why not? Kau pekerja aku. Kau dah bantu aku jadi kekasih lakonan dan aku kenalah bantu kau jadi kekasih lakonan kau pula kan?"
"Perkara ni bukan main-main." Hanna tak nak Tuan Jefri buat perkara penting ini sebagai alat mainannya.
"Aku tak cakap aku nak bermain-main dan aku serius nak bantu kau." Jika bukan kerana Suraya yang merayu meminta dia membantu Hanna, Jefri takkan bantu. Tapi disebabkan Hanna sudah membantunya dahulu, apa salahnya kalau dia membantu Hanna pula.
"Tuan kena hadap Tok Pah Hitler tu kalau tak nak saya berkahwin dengan sepupu saya. Tapi Tok Pah Hitler ni bukan sebarangan Hitler. Hitler yang dia pegang tu lagi bahaya dari Adolf Hitler. Kita yang tahu perang dunia itu ada dua, boleh jadi perang dunia ketiga terjadi gara-gara Tok Pah Hitler ni." Sungguh seram jika Tok Pah betul-betul meletakkan Hitler sebagai nama keduanya. Jika dia yang acah-acah berani melawan kata-kata Tok Pah itu, Jefri belum tentu dapat melawan. Perangai Tok Pah lagi dahsyat dari perangai Jefri.
"Siapa Tok Pah Hitler tu?" Hitler sangat ke Tok Pah Hanna ni? Macam dahsyat aje.
"Nenek saya. Kami panggil Tok Pah Hitler sebab dia persis macam Adolf Hitler. Semua arahan dia, kami kena ikut." Pandailah kau kata Tok Pah tu Adolf Hitler.
"Masih ada orang macam Adolf Hitler?" ingatkan dalam sejarah aje ada Adolf Hitler. Tok Pah ini Adolf Hitler versi perempuan. Mesti kejam kan sebab itu Hanna tidak mahu ikut arahan Tok Pah Hitler itu. Tiba-tiba Jefri rasa gerun pula.
"Ada. Tok Pah lah orangnya." Tok Pah itu semua benda nak orang ikut dia.
"Jadi dialah orang yang paksa kau berkahwin dengan sepupu kau?" kisah kahwin paksa wujud dalam dunia realiti. Bukan dalam novel saja. Alahai, Hanna. Malang betul nasib kau ya.
"Haah."
"Tapi kenapa kau tak nak kahwin dengan sepupu kau?"
"Sebab saya hanya anggap dia hanya sebagai abang. Tak lebih dari itu. Kami berdua membesar bersama-sama dan mustahil untuk ada perasaan cinta apabila kami sudah dewasa."
"Suraya kata Abang Hanif kau tu sukakan kau."
"Ya. Betul. Dia sukakan saya tapi saya tak boleh balas perasaan itu dekat dia. Bagaimana saya nak balas perasaannya jika saya hanya sayang dia sebagai seorang abang sahaja, bukan seorang kekasih." Perasaan cinta itu tidak boleh dipaksa untuk hadir. Hanna sebenarnya tidak pernah mencintai mana-mana lelaki. Jadi bila dengan Abang Hanif itu, perasaan cinta itu tidak hadir.
Jefri menyandar di kerusi. Matanya memerhati raut wajah Hanna. Walaupun Hanna memiliki wajah yang amat mirip dengan ibunya, dia akui Hanna ini cantik orangnya. Orangnya baik dan polos. Walaupun seorang yang dungu, dia punyai akal fikiran yang panjang dan bukan sesenang kacang mahu memikat Hanna.
"Kalau aku menyamar sebagai calon suami kau, esok lusa bagaimana? Kena teruskan sampai betul-betul berkahwin ke? Kau nak aku jadi suami betul kau?" soal Jefri.
"Tak naklah! Saya tak teringin langsung jadi tuan jadi suami saya." Buang tabiatlah kalau berkahwin dengan Tuan Jefri ini. Boleh jadi huru-hara hidupnya.
YOU ARE READING
TUAN JEFRI
RomanceHidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu. Untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Hanif, Hanna minta...