MESYUARAT bulanan TJ Holdings dihadiri oleh Tan Sri Halim tanpa ditemani Raqeem. Raqeem sibuk bercuti dengan Melisa. Usai sahaja mesyuarat, Tan Sri Halim menyertai perbincangan antara Tengku Jaafar dengan Jefri di bilik Tengku Jaafar.
"Pasti you dah tahu yang TJ Hoding dapat projek mega." Jefri memulakan bicara. Matanya ditalakan pada Tan Sri Halim yang kini menyimpan janggut sejemput itu.
"Projek mega di Kanada?" Tan Sri Halim dimaklumkan yang TJ Holding menerima projek besar dari Kanada.
"Ya. Projek yang akan membawa keuntung berbillion ringgit." Jawab Jefri.
"Wow, ini sangat hebat." Tan Sri Halim kagum dengan percapaian TJ Holding kerana dia juga akan menerima habuannya. Dia adalah salah seorang ahli lembaga pengarah TJ Holding yang mana turut mempunyai saham dalam syarikat besar itu. Keuntungan yang dikecapi oleh syarikat itu, dia turut dapat. Bertambah duit dalam akaun banknya.
"Hebat sebab I yang dapatkan projek ni." Jefri mula riak. Semasa berada di Keris Corperation, dia sengaja tak mahu dapatkan projek mega seperti ini sebab dia mahu syarikat itu dapat projek keci sahaja.
Tan Sri Halim mencebik. Riak pula budak ini.
"Tahniah Jefri. You dah dapatkan projek ini. Projek ini akan membawa nama TJ Holding ke persada dunia. Kita juga akan mendapat keuntungan hasil daripada projek ini."
"Jangan ceria sangat, Tan Sri. You takkan dapat satu sen pun dari keuntungan syarikat ni." Tempelak Jefri tiba-tiba. Dia dah tak boleh bersabar dengan melihat wajah ceria orang tua itu. Semakin sakit hatinya.
"But I salah seorang ahli lembaga pengarahkan. Takkan tak dapat keuntungan dari projek itu?" soal Tan Sri Halim tidak puas hati.
"Jawatan you hanya pada sekeping kertas tapi tugas you kat syarikat ni tak ada. You tak ada gunanya berada dalam syarikat sebab tak ada apa-apa sumbangan. You hanya pentingkan syarikat you itu dan dalam masa yang sama you mahu berebut apa-apa projek yang akan datang dengan TJ Holding. Jangan ingat I tak tahu niat you masuk dalam syarikat ni." Jefri membongkarkan aje apa yang dia sedia tahu mengenai niat Tan Sri Halim.
"Apa ni, Jefri. I tak ada niat lain okey?" Tan Sri Halim mempertahankan diri. Jangan biarkan diri terus dicurigai oleh Jefri terutamanya Tengku Jaafar.
"Apa sebabnya you masuk dalam syarikat ni?" Jefri pandang tajam Tan Sri Halim.
"Err, sebab I nak..." terketar-ketar Tan Sri Halim hendak menjawabnya.
"Nak apa? Cakaplah. I nak tahu." Jefri mengasak orang tua itu. Jefri senyum melihat kegugupan Tan Sri Halim. "Niat nak rampas kedudukan I ke dalam syarikat ni?" tebak Jefri.
Tan Sri Halim mula gugup dan menelan liur dengan pahit. Dia pandang Tengku Jaafar yang diam dari tadi. Adakah Tengku Jaafar sudah tahu niatnya? Ah, sudah. Tan Sri Halim berharap Tengku Jaafar tidak menyingkirkan dia dari syarikat ini.
Entah kenapa dengan Jefri hari ini. Mencurigainya lain macam. Bukankah dahulu Jefri dan dia mahu masuk ke syarikat ini untuk sama-sama mencari keuntungan dan mahukan Keris Corperation maju tetapi kenapa dia lain pula hari ini. Seolah mahu membocorkan rahsia sebenarnya depan Tengku Jaafar.
"I tak ada masa nak merampas hak orang."
Jefri senyum sinis.
"Habis tu, apa?" soal Jefri lagi. Ingin tahu niat palsu Tan Sri Halim.
Tengku Jaafar hanya diam memerhati. Entah apa yang Jefri cuba buat ini, dia diam dahulu.
"Okey. Niat I cuma nak cari pengalaman dalam syarikat besar seperti TJ Holding. Malah I nak bekerjasama dengan Tengku Jaafar sebab dia punya kehebatan lagi hebat dari I. Ini membuatkan I nak berguru dengan dia."
YOU ARE READING
TUAN JEFRI
RomanceHidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu. Untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Hanif, Hanna minta...