BERLANGSUNGNYA sebuah majlis pertunangan mewah antara Jefri Tan dengan Tengku Adurah, puteri kepada Tengku Jaafar yang merupakan kerabat diraja serta ahli perniagaan dalam industri pembinaan di Cross Roads Hotel. Tengku Adurah sengaja memilih Cross Road Hotel sebagai lokasi untuk mengadakan majlis pertunangan dia dengan Jefri di mana ia juga berlangsung di Cross Roads Rooftop yang membolehkan tetamu menyaksikan bangunan pencakar langit seperti menara berkembar Kuala Lumpur dan suasana di atas bumbung hotel pada waktu malam. Mujurlah malam yang menjadi waktu untuk pertunangan ini berada dalam keadaan baik.
Tengku Adurah mengenakan busana pertunangan rekaan Rizman Ruzaini. Puteri yang berasal dari kerabat diraja Kelantan itu kelihatan sungguh angun ditambah lagi dengan kecantikan asli yang dimiliki olehnya. Make-up yang dikenakan juga tidaklah terlalu menonjol dan ia adalah make-up paling ringkas kerana wajah Tengku Adurah sudah cantik. Jefri juga mengenakan suit rekaan pereka terkenal itu dan dia kelihatan segak di majlis pertunangannya ini bersama Tengku Adurah.
Majlis pertunangan yang sepatutnya berlangsung di pantai terpaksa dibatalkan oleh Tengku Adurah di atas keenganan Jefri yang mahukan sebuah majlis pertunangan yang biasa dan tidak terlalu menyusahkan. Dia terpaksa ikut apa yang Jefri inginkan jika mahukan majlis pertunangan ini berlangsung dengan sempurna.
Tengku Adurah dan Jefri menjemput tetamu dari golongan VIP, VVIP, rakan niaga, ahli kerabat diraja dan juga rakan kenalan Jefri dan Tengku Adurah. Turut hadir, Tan Sri Halim bersama Raqeem dan Melisa yang mewakili Keris Corperation. Haqeem pula hadir lewat di majlis itu.
"Nervous?" tanya Airin. Jefri di sebelahnya kelihatan gementar.
"No."
Hati Jefri tak sedap. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena tetapi apa?
"Muka abang menunjukkan reaksi cemas."
"Maybe abang tak biasa dengan majlis macam ni." Mungkinlah tetapi entah kenapa saat dia melihat wajah Puan Naurah sebentar tadi membuatkan hatinya tidak tenang.
Ini kali kedua dia bertemu dengan Puan Naurah setelah bertemu dengannya buat kali pertama di rumah Tengku Jaafar. Pertemuan kali kedua ini sangat berbeza. Ada sesuatu yang mengikat mereka berdua tetapi apa? Apa yang telah mengikat mereka berdua?
Sukar untuk Jefri mencari punca dan jawapannya.
"Abang kena biasakan sebab selepas ini abang akan berkahwin dengan Hanna, bukan dengan Tengku Adurah." Ujar Airin. Dia mahukan Hanna menjadi kakak iparnya.
Airin tidak bersetuju majlis pertunangan ini diadakan. Seperti mempersembahkan kisah pertunangan Jefri dengan Tengku Adurah ke seluruh dunia. Tengku Adurah beria-ia mahu melakukan majlis pertunangan ini seperti majlis perkahwinan pula. Memang ini adalah satu rancangan tetapi rancangan ini telah melibatkan hati dan perasaan Tengku Adurah dan Jefri telah menyakiti hati Tengku Adurah dalam diam. Andai Tengku Adurah tahu siapakah wanita yang dicintai Jefri, pasti Tengku Adurah patah hati atau akan melakukan sesuatu yang mungkin boleh merosakkan hubungan Jefri dengan Hanna. Well, drama Melayu biasanya begitukan.
"Jangan risau. Abang tahu nak buat macam mana selepas ini. Hanna tetap akan menjadi pengantin abang."
"Tengku Adurah?"
"Dia... Hm, kita jangan bincang hal ni, boleh? Ini majlis pertunangan Tengku Adurah. Kalau dia dengar, rosak plan kita."
"Okey. Tapi Rin nak pesan dekat abang, lambat-laun Tengku Adurah akan tahu dan semuanya dah terlewat untuk abang memperbaikinya. Abang dah tahu apa perasaan dia terhadap abang dan cara abang buat semua ini tak ubah seperti abang mempermainkan hati dia."
"Dia pasti faham kenapa abang buat semua ni."
"Harapnya dia fahamlah."
Airin beredar setelah Tengku Adurah menghampiri Jefri.
YOU ARE READING
TUAN JEFRI
RomanceHidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai abang sahaja dan tidak lebih dari itu. Untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Hanif, Hanna minta...