02

145 11 2
                                    

Tiga tahun lalu...

Tit..Tit...Tit..

Bunyi mesin denyutan nadi memenuhi ruangan wad ICU yang dihuni oleh seorang gadis.Dia terbaring kaku di atas katil hospital.Wayar-wayar berselirat di tubuhnya,membantunya untuk meneruskan hidup.

Seorang wanita duduk di tepi katil,memandang ke arah gadis itu dengan mata yang berkaca.Tangan pucat milik gadis itu digenggam erat.Tangannya sejuk seperti ais.

"Jihyun tolong bangun,sayang.Omma kamu mesti marahkan aunty..Maafkan aunty sebab tak jaga kamu dengan baik."

"Aunty harap,kamu bangun Hyun...Aunty rindu dengan senyuman kamu."

Rambut depan gadis itu yang menutup mata,dia selitkan ke belakang telinga.Pipi gadis itu diusap perlahan.Tiba-tiba,dia terpandang seperti ada gerakan pada jari gadis itu.Namun,dia abaikan sahaja.Sudah kerap kali perkara seperti itu berlaku,namun gadis itu tidak juga sedar.

Lama-kelamaan,tangan gadis itu mula menggenggam tangannya.Dia memandang gadis itu tidak percaya.Pantas butang yang terdapat di katil hospital itu ditekan.

Tidak lama kemudian,seorang doktor dan beberapa orang jururawat bergegas masuk ke dalam wad itu.

"Puan Jung,tolong tunggu di luar." Salah seorang dari jururawat itu menyuruh wanita yang digelar Puan Jung itu untuk menunggu di luar sementara doktor memeriksa gadis tersebut.

Puan Jung akur.Tak tentu arah dia di luar wad ICU sementara menunggu doktor keluar.Nombor anaknya didail,memberitahu keadaan gadis itu.

"Puan." Doktor yang tadinya memeriksa gadis itu menghampiri Puan Jung. 

"Macam mana dengan anak saya doktor?" Tag nama pada kot doktor itu dipandang sekilas.

Doktor Kim.

"Seperti yang saya beritahu puan sebelum ni,pesakit akan mengalami masalah gangguan mental disebabkan hentakan yang kuat semasa kemalangan itu.Saya harap puan dapat bersabar."

"Saya faham doktor.Terima kasih."Puan Jung sempat mengucapkan terima kasih kepada Doktor Kim sebelum berlalu masuk ke dalam wad gadis tadi.

Puan Jung memandang ke arah gadis yang duduk memeluk lutut di atas katil.Mukanya disembamkan pada lutut.

"Jihyun."

Gadis itu mengangkat wajahnya.Jelas terpapar riak ketakutan di wajah gadis tersebut. "Awak siapa?Macam mana awak tahu nama kita?Mummy daddy kita mana?"

"Aunty ni adik mummy Jihyun.Mummy dengan daddy Jihyun..." Serba-salah Puan Jung hendak menjawab.

"Mana mummy kita?!"

"Mummy Jihyun ada.Tapi mummy Hyun kerja,jauh sangat."

"Kenapa mummy tinggalkan Hyun?Mummy dengan daddy tak sayang Hyun ke?" Jihyun seperti hendak menangis.

"Mana ada,nanti aunty bawa Hyun jumpa mummy eh?Tapi Hyun kena sihat dulu.Okay?" Puan Jung terpaksa menipu.Satu hari nanti,dia akan terangkan perkara sebenar pada Jihyun.Buat masa sekarang,biarlah Jihyun fikir yang ibu bapanya masih hidup.

...........................

Chapter ni flashback ye guys...Next chapter aq kluarkan watak baru...


Next chapter menyusul

Paipai 👋

397 words

His Childish Lover -JHSWhere stories live. Discover now