24

79 8 0
                                    

"Ini maklumat doktor dan jururawat yang uruskan bedah siasat Tuan dan Puan Lee."

Fail hitam yang dihulurkan oleh Jackson disambut pantas.Maklumat di dalamnya dibaca sekilas.Lantas fail itu disimpan ke dalam beg sandang yang dia bawa bersama.

"Im Jaebum?"

"Lepas kes kebakaran ni ditutup,dia terus pindah.Tak ada siapa tahu dia pergi mana." terang Jackson tenang.Dia sudah dapat menganggak pasti Jihyun akan tanya tentang maklumat Doktor Im yang tidak lengkap.

"Kau tak tahu?" sinis soalan yang ditanya oleh Jihyun.

Jackson tak tahu?

Mustahil.

Semua benda dia tahu.

"Dia tak ada daftar mana-mana hospital.Tak dapat dikesan."

Jihyun menghela nafas kasar.Agak sukar untuk dia uruskan semuanya sendiri.Nak keluar dari rumah Puan Jung pun Taehyung yang seludup.

"Macam mana dengan Ryujin?" Kini topik tentang Ryujin pula menjadi persoalan.Perempuan itu sukar dijangka.Dia sendiri masih tak dapat kesan niat sebenar Ryujin dekati Hoseok.

"Dia pernah jumpa sorang lelaki.Kalau tak silap,Chae Hyungwon nama lelaki tu."

"Hyungwon?" tanya Jihyun sekali lagi untuk memastikan dia tak salah dengar.Apa hubungan Ryujin dengan Hyungwon?

"Kau kenal ke?"

Jihyun menggeleng pantas.Sampul coklat setebal lebih kurang satu inci ditolak ke arah Jackson.

"Bayaran kau.Terus perhatikan Ryujin.Jangan sampai terlepas." Begnya disandang.Dia tak boleh berlama di situ.Sia-sia je Puan Jung syak sesuatu nanti.Lagipun,dia datang jumpa Jackson sendirian.

"Kau tak pernah mengecewakan aku,young miss." Senyuman terukir di bibirnya.Kerja dengan Jihyun sangat mudah.Kau buat kerja dengan betul,habuan besar menanti.

"Cari Doktor Im sampai dapat.Aku bayar dua kali ganda." Sempat Jihyun berpesan sebelum meninggalkan pejabat milik private investigator itu.

**********

Pintu rumah dibuka perlahan.Suasana sunyi itu cukup meyakinkan yang tidak ada sesiapa di rumah.Jihyun mengeluh berat.

Menyesal suruh Taehyung hantar balik awal.Baik dia lepak dengan Daehwi tadi.Daripada kena duduk rumah sorang-sorang.

"Hey budak terencat."

Langkah Jihyun terhenti.Perempuan yang memanggilnya dengan gelaran terencat itu dipandang.Hatinya mengutuk Ryujin yang berlagak seperti tuan rumah.Sedar sikit kau tu menumpang je!

"Kerja kau merayap je kan?" Sindir Ryujin.Dia mendekati Jihyun.Bibirnya melakar senyuman sinis.

"Kau fikir,kau tinggal dalam rumah ni free?Buatlah kerja sikit.Tak adalah menyusahkan orang dalam rumah ni nak kena jaga budak terencat macam kau." Sengaja dia melanggar bahu Jihyun kasar.

"Habis tu,nenek tinggal dalam rumah ni tak buat kerja pun." balas Jihyun polos.Dalam hati dia bersorak sakan melihat wajah Ryujin yang sedang menahan geram.Kau cari pasal dengan orang yang salah.

"Nenek?!" Bergema suara Ryujin di seluruh rumah itu.Tajam matanya merenung Jihyun.Lantas tubuh kecil gadis itu ditolak kasar.

Akibat tidak dapat mengimbangkan diri,Jihyun jatuh terduduk.Penumbuknya dikepal geram.Kalau bukan disebabkan dia perlu menyamar,sudah lama penumbuknya hinggap di pipi Ryujin.Agak-agak kalau kena,berjerebu satu korea.Make up tebal 10 inci.

Ryujin tersenyum sinis.Dia menghampiri Jihyun lalu tangan Jihyun sengaja dipijak dengan kuat.

"Jihyun okay tak?Maaf,kakak tak sengaja." Ryujin membongkok separas dengan Jihyun.Hatinya bersorak gembira melihat wajah Jihyun yang merah menahan tangis.Memang dia sengaja pijak kuat-kuat.

"Jihyun jangan mengadu dekat aunty tau..Kalau kakak tahu Jihyun mengadu..." Ayatnya sengaja dijeda.

"Nahas kau aku kerjakan." Kepala Jihyun ditolak dengan jarinya.Ryujin memanjat anak tangga menuju ke biliknya dan Hoseok.

Langkah Ryujin dia perhatikan dengan hati yang membara.Rasa marah membuak-buak.Dia akan pastikan Ryujin terima balasan.

511 words

His Childish Lover -JHSWhere stories live. Discover now