Ding dong!Ding dong!Ding dong!
Bunyi loceng yabg ditekan berkali-kali menghentikan kerja Puan Jung di dapur.Apron ditubuhnya ditanggalkan.Dia bergegas keluar untuk melihat tetamu yang datang.
Puan Jung memandang ke arah seorang perempuan yang berdiri di depan rumahnya.Perempuan itu memakai topi lebar.Cuma belakangnya yang Puan Jung dapat lihat kerana perempuan itu membelakanginya.
"Suprise!!"
"Hani!Anak bertuah,balik bukan nak bagitahu." Bahu Hani ditampar perlahan.Hani ketawa geli hati melihat muka terkejut ibunya.
"Omma...Hani lapar lah.Omma masak apa?" Dia memeluk lengan Puang Jung.Kepalanya disandarkan pada bahu ibunya.
"Belum masak lagi.Omma baru nak masak,tapi ada orang kacau ketenteraman omma."balas Puan Jung sarkastik sambil menjeling Hani.Dia berlalu ke dapur meninggalkan Hani yang terkial-kial mengangkut naik beg sebesar anak gajah ke tingkat dua.
Hani menapak ke bilik sebelahnya selepas dia meletakkan beg ke dalam bilik.Pintu bilik itu dikuak tanpa diketuk terlebih dahulu.
"Kakak!Buat apa tu?"
"Hani!Bila masa awak balik?" Jihyun terkejut bila tiba-tiba sahaja dia disergah.Terpelanting patung unicorn di tangannya.
Hani menahan ketawanya dari terletus.Patung Jihyun dikutip.Dia melabuhkan punggung di sebelah Jihyun yang leka mewarna.
"Kakak yang warna semua ni ke?"
Jihyun mengangguk laju.
"Pandai kakak buat." Jihyun tersenyum lebar bila dipuji.
"Kakak warna lah dulu,Hani nak turun bawah sekejap."
*****
Hani menarik kerusi meja makan lalu duduk.Dia memerhatikan Puan Jung yang memasak makan tengah hari untuk mereka sekeluarga.Tak berkelip dia Hani merenung Puan Jung sehingga Puan Jung rasa tak selesa.
"Kamu dah kenapa?"
"Biarlah Hani pandang omma lama-lama.Hani dah lama tak jumpa omma,rindu...."ujarnya dengan nada manja.
"Bagus jugak kamu balik ni,minggu depan tolong jemput abang kamu dekat airport ye."
"Abang nak balik sini?"tanya Hani tak percaya.Lima tahun abangnya menetap ke luar negara,tak pernah sekalipun dia balik.Bila Puan Jung suruh balik,macam-macam alasan dia bagi.
"Katanya,balik terus."
"Betul ke ni?Abang dah puas tinggal kat luar negara tu?"perli Hani.
"Hey,cuba cakap dengan omma kenapa abang Hani tu tiba-tiba nak tinggal dekat luar negara?"
"Mana Hani tahu.Omma tanya lah abang sendiri."
"Kalau abang kamu tu bagitahu,buat apa omma tanya."balas Puan Jung dengan nada menyampah.Nak je dia hempuk anak dia yang sorang tu.Hani tersengih seperti kerang tak cukup vitamin C.
Abang dia punya pasal,dia jadi mangsa.
......
371 words
One more chapter to go!
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...