25

83 8 0
                                    

"Kau pasti dia dah mampus?"

"Pasti."

Ryujin tersenyum sinis.Sampul coklat dihulur pada lelaki itu.Akhirnya,Hyungwon berjaya dihapuskan.Kurang satu ancaman.Bila-bila sahaja Hyungwon boleh pecahkan rahsianya.Jadi sebelum lelaki itu sempat buat begitu,lebih baik dia hapuskan terus.

"Jangan cari aku lagi." ujar Ryujin senada.Mask ditarik menutup sebahagian supaya tiada siapa dapat mengecam wajahnya.Dia menuju ke arah kereta yang diparkir berhampiran tempat mereka berjumpa.

Beberapa langkah,kemudian dia berhenti.Belakang lelaki tadi dipandang penuh muslihat.Satu objek ditarik keluar dari beg tangannya.

"Hey."

Lelaki itu berpaling apabila Ryujin memanggilnya.

Bang!

Lelaki itu jatuh tersungkur ke tanah.Darah membuak-buak keluar dari dadanya.Ryujin tersenyum puas melihat jasad lelaki tanpa nyawa itu.

"Berehatlah dengan aman." Keretanya dipandu meninggalkan kawasan hutan yang sunyi itu.Sengaja dia pilih tempat tersebut.Lebih mudah untuk dia melaksanakan rancangannya.

Tanpa Ryujin sedar,segala gerak-gerinya diperhatikan oleh sepasang mata.Jackson memandang lelaki upahan Ryujin lama.Beberapa gambar yang sempat ditangkap secara sembunyi dihantar kepada Jihyun.

"Kau fikir kau dah menang,huh?" Jackson berdecit sinis.Mudah betul kerja dia kali ni.

******

"Bila dia nak bangun?" tanya Jihyun tak beriak.Jasad lelaki yang terbaring kaku di atas katil itu dipandang sepi.Ikutkan hati,nak je dia cabut segala wayar pernafasan yang membantu lelaki itu hidup.Cuma,dia masih perlukan sesuatu dari lelaki itu.

"Kecederaan dia serius.Ambil masa nak sedar." balas Taehyung.

"Dah tiga minggu kot...Nasib baik aku perlukan maklumat dari dia." Jihyun menyandar pada dinding bilik itu.Matanya beralih ke arah pintu apabila pintu itu dibuka dari luar.

"Kau yakin ke dia nak bekerjasama dengan kau?" Daniel menduga.Daniel yang menjumpai Hyungwon semasa dia dipukul oleh orang suruhan Ryujin.Terus dia bawa Hyungwon pulang.

"Aku boleh buat dia bersuara." Jihyun tersenyum penuh muslihat.Dia sudah ada rancangan untuk menyeksa orang.

"Daehwi mana?" tanya Jihyun apabila menyedari dia langsung tidak nampak kelibat adiknya sejak sampai di situ.

"Ada dekat atas,tengah main game." jawab Daniel tanpa memandang Jihyun.Akaun instagram miliknya discroll.Tak ada apa yang menarik.

"Daehwi dah banyak kali nak keluar.Sampai bila kau nak kurung dia?" tanya Taehyung pula.Kesian dia tengok Daehwi.Dah banyak kali nak keluar rumah,tapi Jihyun tak izinkan.

"Aku tak kurung dia." Jihyun berlalu ke arah pintu.

"Cuma,belum tiba masa untuk dedahkan identiti dia." sambungnya sebelum menutup pintu.

356 words

Sbb aq  baik..aq bg double chap 😘

His Childish Lover -JHSWhere stories live. Discover now