"Morning baby." Perkara pertama yang Jihyun nampak sebaik sahaja dia terjaga ialah wajah Hoseok yang sedang menongkat dagu sambil tersenyum manis ke arahnya.
"Morning too. Pukul berapa ni?" Jihyun membalas dengan senyuman nipis. Mukanya dilindung dari silauan cahaya matahari.
"11 pagi." Rambut Jihyun yang menutup muka diselak ke tepi.
"Kenapa awak tak kejut saya?" Lengan Hoseok dijadikan sebagai bantal. Dia berganjak sedikit merapati lelaki itu.
"Awak nampak penat sangat." Tubuh Jihyun ditarik ke dalam dakapannya.
Cuddling time.
"Penat sebab awak lah." sindir Jihyun geram.
"Hello, kita bukan buat apa-apa pun semalam. Lain lah kalau..." Hoseok tayang muka pervert. Pantas sahaja cubitan Jihyun singgah di lengannya.
"Eh, awak tu yang sibuk ajak saya berborak. Lepastu awak yang lelap dulu." kata Jihyun geram. Otak tu, suci sikit boleh tak?
"Alalalalala.... Sorry lah pwincess...." Seluruh wajah Jihyun dicium tanpa henti. Puas Jihyun menolak, tapi tetap tak berjaya.
Tok tok tok....
"Noona, hyung, nak tunggu pukul berapa baru nak habis drama ni?" jerit seseorang dari luar bilik mereka.
Jihyun pandang Hoseok. Hoseok cuma membalas dengan senyuman tak bersalah.
"Daehwi ke tu?"
"Haah, pagi tadi dia sampai dengan Daniel."
"Oh my god!!! And you don't even think to tell me?!" Tubuh Hoseok ditolak kasar lalu Jihyun berlalu masuk ke bilik mandi.
"Salah awak lah, baby. Siapa yang sibuk nak bermanja tadi?" jerit Hoseok.
"Diam!" balas Jihyun juga menjerit dari dalam bilik mandi. Dia juga yang kena. Dasar lelaki....
"Baby, saya turun dulu."
Jihyun sekadar membalas dengan menggumam disebabkan dia sedang memberus gigi. Mungkin Hoseok tak dengar tapi tak lama itu telinganya menangkap bunyi pintu ditutup.
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...