"Morning baby!"
Hampir terlepas cawan yang dipegangnya disebabkan sergahan itu.Muka orang yang menegurnya tadi dipandang tajam.Boleh pula senyum lepas sergah orang.
"Kalau pecah macam mana?" tanya Jihyun geram.Dia mengabaikan Hoseok lalu terus menyiapkan sarapan pagi.
"Sorry baby.Lain kali saya tak buat lagi." Hoseok tersenyum menampakkan lesung pipitnya.Dia menghampiri Jihyun.Pinggang isterinya dipeluk lalu pipi Jihyun dicium pantas.
"Mengada nak peluk-peluk orang.Tak nampak ke saya tengah buat sarapan ni?" Jihyun merungkaikan tangan Hoseok di pinggangnya.Nak bergerak pun susah bila ada orang asyik nak berkepit 24 jam.
"Nak peluk anak,tak ada.Saya peluk baby je lah." ujar Hoseok.Dia tersedar sesuatu apabila riak wajah Jihyun berubah mendung.Mulutnya ditampar perlahan.
"Baby,sorry.Saya tak sengaja cakap macam tu.Belum rezeki kita nak dapat anak." Tangan Jihyun dicapai lalu digenggam lembut.
"Tak apa,siapa je yang tak nak anak." balas Jihyun perlahan.Dia duduk di hadapan Hoseok.Nasi goreng dituangkan ke pinggan suaminya.
Hoseok dihantui rasa serba-salah bila Jihyun langsung tidak makan sarapan.Salah dia juga.Siapa suruh cakap tak fikir dulu.Nafas berat dihela.Otaknya memikirkan cara untuk memujuk Jihyun.
"Nak tahu tak kenapa saya tinggalkan baby dulu?"
"Kenapa?" Jihyun memandang Hoseok.Berminat pula dia nak tahu sebab Hoseok tiba-tiba hilangkan diri.
"Sebab saya broken." jawab Hoseok ringkas.
"Kenapa sayang broken?"
"Sebab baby pilih Hyungwon."
"Huh?Seriously sayang?!" Jihyun menghamburkan tawanya.Aduhhh....Sebab tu je merajuk sampai 5 tahun tak balik balik?
"Sayang suka dengar separuh je kan?Bila masa pulak saya pilih Hyungwon?Okay,memang dia ada confess,tapi saya reject lah.Sebab waktu tu,saya dah suka dekat awak." terang Jihyun setelah tawanya reda.
"Tak payah lah gelak." Giliran Hoseok pula yang merajuk.Mukanya dipalingkan ke arah lain.Tak nak tengok muka Jihyun.
"Sayang,saya pregnant." ujar Jihyun mendatar.
"Ouh...Baby pregnant...." balas Hoseok tak ambil peduli.Masih merajuk.
Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat.
"Apa?!Baby pregnant?!Serius ni?" tanya Hoseok sekali lagi.Nada suaranya tidak dapat dikawal kerana terlalu teruja.Terus dia berlari ke arah Jihyun lalu menarik isterinya ke dalam pelukan.Pipi Jihyun dicium bertalu-talu.
"Sayang,stop lah." Jihyun menolak Hoseok menjauhinya.Lemas kena peluk lama-lama.
"Thank you baby.Saya happy sangat sangat sangat sangat sa-"
"Stop stop.Berapa banyak sangat ni?" pintas Jihyun.Pening dia mendengar perkataan sangat berulang kali.
"Entah.Yang penting saya happy." Tubuh Jihyun dipeluk sekali lagi.
"Tak sangka cerita kita happy ending kan?" kata Jihyun tiba-tiba.
"Punya lah drama dulu,author punya pasal." balas Hoseok geram.
"Pedulikan lah,yang penting saya bahagia dengan awak.Yang lepas tu biarkan je berlalu." ujar Jihyun sambil tersenyum manis.Matanya tak lepas dari memandang Hoseok.
"Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya.Thanks for be my lover." ucap Hoseok ikhlas.Tangan Jihyun dibawa ke bibirnya.
"His Childish Lover." gumam Jihyun perlahan.
"Sedap gelaran tu." balas Hoseok apabila mendengar gelaran yang disebut Jihyun.
443 words
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...