"Lepaskan aku lah!" Doktor Im menjerit kuat.Dia meronta-ronta cuba melepaskan diri dari tali yang mengikat badannya di kerusi.Matanya meliar memerhatikan keadaan bilik tempat dia dikurung.Kosong tanpa barang cuma ada lampu malap dan tingkap kecil yang ditutup dengan papan.
Klerkkk
Matanya terpaku pada pintu yang terbuka sedikit.Berdebar-debar dia menanti orang yang akan muncul di sebalik pintu.
Dua orang lelaki masuk dengan muka tak berperasaan.Seorang bertopeng,manakala seorang lagi mendedahkan mukanya.Lelaki yang bertopeng itu bersandar pada dinding memerhati dari jauh.
"Apa kau nak dari aku hah?!" tanya Doktor Im kasar pada lelaki yang tidak bertopeng itu.
Jackson berdecit sinis.Selamba sahaja dia mengelilingi Doktor Im dengan muka tak beriak.Mukanya juga tidak ditutup dengan sebarang topeng muka.
"Hidup lagi kau rupanya." Tiga hari dibiarkan tanpa sebarang makanan dan minuman,ternyata Doktor Im masih bertenaga untuk melawan.Susah sangat nak mengaku dia bersubahat dengan Ryujin.
"Bos aku nak jumpa kau." kata Jackson separa berbisik,menambahkan aura seram dalam ayatnya.
Klak!
Jihyun melangkah masuk dengan tangan yang diseluk ke dalam poket baju panas yang dipakai.Mukanya ditutup dengan topeng hitam.Dia melangkah dengan tenang ke arah Jackson.Muka Doktor Im yang dipenuhi dengan lembam-lembam dipandang tanpa rasa simpati.Sah-sah kena belasah dengan Jackson.Tak pun Daniel punya kerja.
Isyarat mata dihantar.Lantas Jackson meninggalkan bilik kurungan bersama Daniel.Tinggal Jihyun seorang yang menguruskan Doktor Im.
"Kesiannya kau...Habis lebam-lebam muka tu.Mesti terseksa kan dekat sini?" ujar Jihyun sinis.Dia merendahkan badannya separas dengan Doktor Im yang diikat.
Rahang doktor itu dicengkam kuat.Darah merah mengalir sedikit dari celahan kulit pipi yang terkopek disebabkan kuku Jihyun yang tajam.
"Jangan fikir kau boleh selamat." kata Jihyun perlahan tetapi tegas.Cukup buat bulu roma meremang.Matanya tajam menikam ke dalam anak mata Doktor Im.
"Kesiannya dia...Kau mesti dahaga kan?" ujar Jihyun dengan nada mengejek.Botol mineral ditayang depan muka doktor itu.
"Aaa...air." Tercungap-cungap nafasnya meminta air.Tekak dia sangat kering.Dapat seteguk air pun dah cukup memadai.
Jihyun mengangguk dengan senyuman penuh makna.Penutup botol dibuka lalu air itu dicurah ke atas kepala Doktor Im.Dia mencampak sekali dengan botol tersebut.
"Nak lagi?Mungkin kau perlukan air panas pula." Tangannya dikesat pada baju.Konon-konon bersihkan virus yang melekat di situ.
"Apa kau nak dari aku?" Doktor Im sudah tidak berdaya mahu melawan.
"Senang je...Kau cuma perlu terus terang tentang Han Ryujin."
Doktor Im terpana.Kalau dia berterus-terang,dia turut sama terlibat dengan kegiatan Ryujin.Dia juga turut bersubahat.
"Aku tak kenal siapa dia!" nafi Doktor Im.
Jihyun berdecit sinis.Riak wajahnya bertukar menjadi marah.Pipi lelaki itu dicengkam kuat lalu didongak supaya memandangnya.
"Dedahkan rahsia Ryujin atau...Keluarga kau jadi ganti." Dia melepaskan cengkaman dengan kasar.
426 words
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...