"Kamu pergi mana semalam?" tanya Puan Jung.Matanya merenung Hoseok tajam.
Hoseok menghela nafas lelah.Sudah diagak soalan itu bakal ditanya oleh ibunya.Teh panas diteguk sedikit.Soalan Puan Jung dibiar sepi.
"Omma,Jihyun mana?Hani tengok dalam bilik tak ada pun." soal Hani sedikit termengah.Air masak diteguk rakus melegakan tekaknya yang kering.
"Dah pergi sekolah dengan Doktor Kim." jawab Puan Jung selamba.Tanpa disedari sesiapa,jawapan itu membuatkan seseorang berasa cemburu.
"Hoseok tak busy ke hari ni?" soalnya berbaur sindiran.Waktu menantunya tak ada,elok pula anaknya duduk di rumah.Kalau tidak,sentiasa sibuk 24 jam.
"Hoseok cuti,tapi tak tahu pula Ryujin tak ada." Sindiran Puan Jung tak cukup untuk buat Hoseok sentap.Tak savage macam Yoongi punya sindiran.
Hani menahan diri dari tergelak.Perang mulut antara ibu dan anak itu sungguh lucu baginya.Dia lekas mencapai beg sandangnya lalu bergerak ke destinasi yang dituju.
Hoseok pula berlalu naik bilik.Sia-sia dia ambil cuti sebab simpat dengan Ryujin.Alih-alih perempuan tu tak ada pula.Ingat senang ke seorang producer berjaya nak cuti.
"Hoseok!"
Telefon yang dipegang jatuh ke muka Hoseok disebabkan oleh jeritan Puan Jung.Batang hidungnya digosok.Dia membelek hidungnya menggunakan kamera telefon.Hidung dah bertukar merah.Nasib baik tak patah.
"Jung Hoseok!" Sekali lagi jeritan itu menjelma.Agak-agaknya,Puan Jung tertelan mikrofon dulu.
"Ye kejap!" Hoseok turun ke tingkat bawah mencari ibunya.Tak ada di dapur,dia pergi ke laman belakang pula.Betul tekaannya bila Puan Jung sedang menyiram bunga-bunga kesayangan di situ.
"Sekarang free tak?" Bunga matahari yang kembang mekar itu dispray dengan racun serangga.Nampaknya,Puan Jung lebih sayangkan bunga matahari berbanding anak dia yang umpama matahari itu.
"Kenapa?" Senyap-senyap Hoseok mencabut kelopak bunga matahari milik Puan Jung.Cemburu sebab omma dia lebihkan bunga tu.
"Bawa Jihyun pergi funfair.Omma ada hal sikit,kalau kamu busy omma minta tolong Doktor Kim je."
"Kenapa omma percaya sangat dengan Doktor Kim tu?" tanya Hoseok tak puas hati.Soalan Puan Jung tidak dijawabnya.Dahi Puan Jung berkerut mendengar soalan anaknya yang jelas tidak berpuas hati dengan Taehyung.
"Dah kenapa pulak?" tanya Puan Jung juga tak puas hati.Botol spray diletak tepi.
"Suka sangat biarkan Jihyun dengan Doktor Kim tu.Omma tahu ke asal-usul dia?Entah-entah dia nak ambil kesempatan dekat Jihyun.Budak tu bukan faham pun apa orang buat dekat dia."
Pak!
Tapak tangan Puan Jung selamat mendarat ke kepala Hoseok.Puas hati dapat melepuk kepala anak kesayangannya itu.Biar bergegar otak.Bagi normal balik.
Hoseok mengaduh sakit.Kepalanya digosok dengan muka paling menyedihkan.Omma tak sayang anak!Kalau dia jadi biul macam mana?
"Satu calar pun tak pernah ada dekat badan Jihyun setiap kali dia keluar dengan Doktor Kim tu.Kamu je fikir bukan-bukan.Kalau dka dengar macam mana?" soal Puan Jung tegas berbaur amaran.
"Mana lah Doktor Kim tu nak dengar?Dia bukan ada dekat sini pun." jawab Hoseok buat tak endah dengan amaran ibunya.
"Bukan lah!Nanti Jihyun dengar,apa pula yang dia fikir."
"Apa je yang Jihyun boleh fikir,omma?"
"Jangan pandang rendah,Hoseok.Walaupun Jihyun tak sama macam kita,dia tetap manusia.Ada perasaan."
Disebalik dinding,Jihyun bersandar mencuri dengar perbualan mereka.Niatnya nak cari Puan Jung,alih-alih dengar nama dia disebut.Disebabkan perasaan ingin tahu yang membuak-buak,dia mengintai di situ.
"Taehyung nampaknya ada orang mula curiga dengan kau." gumam Jihyun lalu ketawa perlahan.Bajunya dibetulkan sedikit.Senyuman teruja diukir lantas dia menghampiri Puan Jung dan Hoseok.
"Aunty,Jihyun dah siap."
"Jihyun pergi dengan Hoseok ye sayang.Aunty tak dapat nak bawa Jihyun jalan-jalan." Puan Jung mengusap kepala Jihyun.
"Okay aunty." Isyarat okay dibuat menggunakan jarinya.
"Pakcik cepatlah..." gesa Jihyun beserta rengekan.Lengan Hoseok ditarik secara paksa menuju ke kereta.Bukan selalu dapat kenakan pakcik kesayangan dia tu.
584 words
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
Hayran KurguCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...