Ryujin melangkah laju ke arah seorang lelaki yang bertopi yang duduk di salah satu meja di dalam restoren itu.Beg tangnnya dihempas kasar ke atas meja.Dia memeluk tubuh.Panahan matanya tajam menikam pada lelaki itu.Masih terngiang-ngiang di telinga Ryujin akan ugutan yang dilontarkan oleh lelaki itu tadi.
"You nak apa lagi?Perjanjian kita dah berakhir.I tak nak ada apa-apa kaitan dengan you,pembunuh!" Ryujin meluahkan rasa bengangnya pada lelaki itu.Sungguh hati dia terbakar melihat senyuman sinis yang terukir di bibir lelaki tersebut.Senyuman itu seolah-oleh mengejeknya.
"Jadi apa gelaran yang sesuai untuk kau?" balasnya sinis.Ryujin bukanlah seorang yang mendatangkan masalah padanya.Dia cuma mempergunakan Ryujin untuk mendapatkan sesuatu.
"Hentikannya Hyungwon.Apa yang you nak?" Ryujin terus ke tujuan asal dia bertemu dengan lelaki yang bernama Hyungwon itu.Tidak mahu dia membuang masa lebih lama menghadap spesies manusia tak faham bahasa.
"Duit."
"Berapa banyak?"
"Lima juta."
Ryujin tersentak.Hyungwon dipandang tajam lebih tajam dari mata pedang.
"Mana I nak cari duit sebanyak tu?!"
"Pandai-pandai kau." Jawapan dari Hyungwon membakar hati Ryujin.Dia pantas berdiri.Beg tangannya disambar lantas beredar.Baru beberapa tapak,langkahnya terhenti.
"Ingat Ryujin,bukan aku pembunuh tapi kau.Aku bagi kau seminggu,kalau aku tak dapat duit tu.Jumpa di penjara."
**********
RyujinHoseok,kita perlu berbincang.
Tentang rancangan omma youK
Telefonnya disimpan.Rasanya tak perlu balas panjang-panjang.Satu huruf sudah menyatakan yang dia bersetuju untuk berbincang dengan Ryujin.
"Pakcik,Hyun nak tukar colour rambut lah." Jihyun datang mendekat.Kepalanya disandarkan ke bahu Hoseok.Sengaja nak bermanja.Kartun larva di televisyen tak menarik minatnya.Hoseok yang tukar siaran tu.
"Okay lah blonde,kenapa nak tukar?" tanya Hoseok kurang senang.Dia suka rambut Jihyun warna blonde.
"Hyun nak hitam macam pakcik."
"Esok aku bawak kau pergi salun rambut.Sekarang,pergi tidur.Dah pukul berapa ni?Kenapa tak tidur-tidur lagi?" Hoseok mula membebel.Jihyun mencebik.
"Pakcik kenapa tak tidur?" Jihyun menjawab dengan soalan sebelum dia berlari naik ke biliknya.Sempat bantal sofa dibaling pada Hoseok.
"Selamat malam Pakcik!" jerit Jihyun dari atas.Pintu biliknya ditutup.Terlompat-lompat dia kerana terlalu gembira.Esok dapat keluar dengan Hoseok.Mood gedik datang dahhh...
329 words
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...