Hoseok meregangkan urat-uratnya.Bahunya yang terasa lenguh dipicit perlahan.Skrin komputer dimatikan setelah dia menyimpan file.
Hoseok memandang Jihyun.Gadis itu tidur dengan lena di atas bean bag.Rambutnya yang panjang menutup muka.Jihyun tertidur sambil memegang tablet yang masih menyiarkan kartun Larva.
Hoseok menarik perlahan-lahan tablet di tangan Jihyun bagi mengelakkannya terjaga.Tablet itu dia tekan butang off.Rambut Jihyun yang jatuh menutup muka dia alihkan lalu selit di belakang telinga Jihyun.
"Sibuk nak ikut,lepas tu tidur.Kau fikir aku kerja satu dua jam je ke?Degil,tak pernah nak dengar cakap." Hoseok membebel sendiri.Wajah Jihyun yang kelihatan tenang semasa tidur membuatkan Hoseok tersenyum.
Teringat dia pada bebelan Puan Jung yang menyuruhnya pulang ke rumah awal.Terpaksalah dia berjanji untuk balik sebelum pukul 12.Itu pun Puan Jung masih membebel.Waktu tu,memang dia rasa nak cubit-cubit pipi Jihyun.Siapa suruh sibuk nak ikut?
Jam di pergelangan tangannya dikerling sekilas.Hampir pukul 10.30 malam.Kira awal jugak lah.Biasanya,pukul dua tiga pagi dia masih terperap dalam studio untuk siapkan lagu.Dah macam rumah kedua pun ada.
"Jihyun.." Hoseok menolak bahu Jihyun perlahan.Jihyun bergerak-gerak sedikit.Baru sahaja dia mahu berdiri,Jihyun sambung tidur semula.Hoseok tayang muka tak percaya.Keluhan kasar keluar dari mulutnya.
"Jihyunnnnn...." Nama Jihyun dipanggil meleret.Pipinya Hoseok tepuk-tepuk perlahan.
Jihyun menggumam sesuatu dengan perlahan. "Jung Hoseok..."
"Hyun,bangun." Terkejut juga dia mendengar namanya meniti di bibir Jihyun.Namun,dia cuma menganggap Jihyun bermimpi.Mungkin juga memorinya datang dalam bentuk mimpi.
Jihyun mencelikkan matanya.Terkebil-kebil dia memandang Hoseok.Kelopak matanya digosok.
"Pakcik..." Dengan suara yang serak,Jihyun memanggil Hoseok.Tangannya dihulur pada lelaki itu.Hoseok mencapai tangan Jihyun dengan muka malas.
"Jom balik." Tangan Jihyun dipimpinnya ke arah lif.Dah lah budak tu mamai,ada yang tersungkur nanti kalau dia biarkan Jihyun jalan sendiri.
-279 words-
Pengumuman!!!!
Missing You
Missing You
Missing You
Missing You
Missing You
Missing You
Jgn lupa eh ardajungshin
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...