Tut tut...
Sepuluh kali panggilannya tidak dijawab.Akhirnya Jihyun mengalah.
Punggungnya dihenyak kasar ke atas tilam.Keluhan lemah terlepas dari bibirnya.Rambut yang menutup muka diselak ke belakang.Mata Jihyun terarah pada bayi perempuan yang menangis teresak-esak di atas katip bayi.
"Mana papa awak ni?" Jihyun mendukung bayi itu.Belakangnya ditepuk-tepuk perlahan bagi meredakan tangisan.Dapat dirasakan bahang panas dari badan bayi tersebut.
"Sabar ye sayang,papa balik nanti kita pergi hospital." ujar Jihyun berbaur risau.Pesanan ringkas dihantar kepada Hoseok,berharap lelaki itu akan menghubunginya kembali.
"Anak mama baik kan,don't cry.Sekejap lagi papa balik ye."
💥💥💥💥
Pintu bilik yang dikuak menyedarkan Jihyun dari lena.Pantas menghampiri Hoseok yang kelihatan tidak bermaya itu.
"Kenapa awak tak angkat call saya?"
"Saya busy,sorry."
"Awak-"
"Cakap esok boleh?Saya penat." Terus Hoseok merebahkan diri ke atas katil.Tak lama kemudian,dia terlelap.
Jihyun menghela nafas lemah.Jam di dinding dia kerling sekilas.3 pagi.
Esok sahaja lah mereka ke klinik.Dia simpati melihat reaksi Hoseok yang jelas keletihan itu.
"Kot ye pun letih,tukar lah baju dulu." Jihyun menggeleng perlahan.
💥💥💥💥
Awal pagi lagi kelibat Hoseok sudah tidak kelihatan.Sehelai sticky notes yang dilekatkan di cermin solek menyapa pandangan Jihyun.Lantas dia mengambil kertas itu.
Sorry baby,saya ada discussion dengan Namjoon 😟
Jihyun mengeluh lemah.Dahi anaknya disentuh.Masih panas.Nampaknya demam Sarang tidak kebah juga.Dia bersiap-siap.Kelengkapan Sarang turut disediakan dengan lengkap.
Terpaksalah dia yang memandu sendiri.Sejak mengandungkan Sarang,dia tidak pernah memandu sendiri.Hoseok yang tak bagi.Risau sangat kalau apa-apa berlaku.
Jadi sekarang,Jihyun agak risau untuk memandu setelah sekian lama tidak duduk di tempat pemandu itu.Tapi nak tak nak,terpaksa juga.
Nak harapkan Hoseok bawa ke klinik,entah bila lelaki itu cuti.
Sentiasa sibuk 24 jam sehari,7 hari seminggu.
TBC
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...