"Pakcik nak pergi mana?"
Perbuatan Hoseok untuk membuka pintu keretanya terhenti apabila dia ditegur oleh seorang perempuan yang memanggilnya pakcik.
"Keluar."jawabnya sepatah.
"Nak ikut!"
"Tak payah nak mengada."
"Alaaaa...Boleh lah...Please...Jihyun janji tak kacau pakcik.Jihyun bosan lah duduk rumah je." Jihyun menayang muka minta simpati.Tangan Hoseok ditarik-tarik perlahan.
"Ye lah,masuk cepat.Kau macam-macam,aku tinggalkan dekat tepi jalan." Nafasnya dihela kasar.Tak pasal-pasal jadi babysitter budak terlebih umur ni.
Jihyun melompat teruja sambil menjerit riang.Laju sahaja dia berlari masuk ke dalam kereta.
"Aunty!!Jihyun ikut pakcik pergi jalan-jalan tau!"jeritnya sebelum menutup pintu kereta.Berdentum bunyi pintu kereta itu disebabkan Jihyun menutupnya terlalu kuat.
Hoseok menggeleng sebal.Kalau tercabut pintu kereta tu tadi,nahas budak tu dia kerjakan.
"Kita nak pergi mana ni,pakcik?"
"Mana-mana je."jawab Hoseok tanpa memandang ke arah Jihyun.Dia fokus pada pemanduannya.
"Mana-mana tu mana?"tanya Jihyun lagi.
"Pakcikkkk!!!Kita nak pergi mana ni?"jerit Jihyun geram bila Hoseok tidak menjawab soalannya.Hoseok merengus geram.
"Kau diam boleh tak?!" Tanpa sengaja nada suaranya ditinggikan.Jihyun terus diam membisu.Jarinya dilaga-lagakan,gementar.
"Ada yang terbabas nanti.Tak pasal-pasal jadi senget macam orang sebelah aku ni."gumam Hoseok perlahan.Orang dah bagi ikut,mulut tu cuba tutup.
Hoseok mengerling Jihyun sekilas.Rasa bersalah pula tertinggi suara dekat budak tu.Tak pasal-pasal Jihyun tayang muka cemberut.
"Kau marah aku ke?"tanya Hoseok perlahan.
Jihyun menggeleng perlahan.Entah Hoseok nampak ke tidak,sebab dia tengah memandu.Hoseok mengeluh perlahan.Dah satu kerja nak kena pujuk.Keretanya dibelok ke satu simpang.
"Dah sampai,kau nak turun ke tak nak?"
"Nak." Suara Jihyun antara dengar tak dengar je.Bunyi macam berbisik pun ada.
"Cepatlah turun.Aku kunci kau dalam kereta nanti."ugut Hoseok.Dia tersenyum kecil melihatkan Jihyun yang kelam-kabut turun dari kereta.Hoseok berjalan dahulu tanpa mempedulikan Jihyun yang terkedek-kedek di belakangnya.Sengaja dia berjalan dengan laju.
"Pakcik tunggulah!" Jihyun berusaha mengejar langkah Hoseok.Dah tentu-tentu langkah dia lebih kecil.Memang susah lah nak mengejar orang depan tu.Hoseok memperlahankan langkahnya.Barulah Jihyun dapat mengejar dia.
"Pakcik jahat!"
"Mana ada,kau tu yang lembap.Aku jalan slow pun tak boleh nak kejar."
"Eiiii!!!Tak nak kawan dengan pakcik!" Jihyun memeluk tubuh tanda merajuk.Mukanya dipalingkan ke arah lain.Tak nak pandang muka pakcik tu,buat sakit hati je.
"Tak nak kawan sudah.Tak nak belanja dia aiskrim."kata Hoseok lalu terus meninggalkan Jihyun.
Jihyun memandang ke arah Hoseok yang sedang berjalan ke arah penjual aiskrim.Pipinya dikembungkan geram.Dia mengikut Hoseok sambil kaki dihentak geram.
"Kenapa datang?Kata tadi tak nak kawan aku kan?" Hoseok menjungkitkan keningnya sambil tersenyum mengejek.
"Nak aiskrim..."
"Tak boleh."
Jihyun mengeluh pasrah.Kakinya menapak menjauhi penjual aiskrim itu.Dia duduk di satu buaian.Dia menolak buaian itu perlahan-lahan dengan kakinya.
Tiba-tiba,satu kon aiskrim perisa coklat disuakan di depannya.Jihyun mengangkat wajahnya memandang orang yang menghulurkan aiskrim itu.
Hoseok tersenyum padanya.Bukan senyuman mengejek yang selalu Jihyun nampak.Tapi senyuman yang sangat manis sehingga membuatkan dia terpegun seketika.
"Nah."
"Tak nak."Mukanya dikalihkan ke arah lain.Dapat dia rasakan yang jantungnya berdegup dengan kencang.
"Sorry...Sebab termarah kau tadi."
"Mummy dengan daddy tak pernah marah Jihyun...Aunty pun sama."ucap Jihyun perlahan.Dia menunduk memandang kasutnya.
Hoseok melutut di depan buaian yang diduduki Jihyun.Aiskrim yang dipegangnya diletaknya ke atas lantai.Jihyun ditarik ke dalam pelukannya.Tangannya mengusap perlahan belakang Jihyun. "I'm sorry.."
"Pakcik minta maaf." Untuk kali pertama,dia gelarkan dirinya pakcik.Terasa agak tua di situ...
"Emmm..."
"Hyun...Janganlah macam ni..Kalau kau nak marah aku pun tak apa,tapi janganlah palau aku gini.Aku takleh la kalau tak dengar suara kau tu." Hoseok mencebik.Takkan pujuk baik-baik pun tak jalan jugak.
"Jihyun tak marah lah."
"Betul ni?"
"Ye!" Ada nada menyampah terselit di situ.Tak faham bahasa betul orang tua ni.
"Budak baik."Rambut Jihyun diusap perlahan.
"Err..Pakcik boleh tak jangan peluk Hyun lagi,rimas lah."
Hoseok pantas meleraikan pelukannya pada Jihyun.Dia cepat-cepat berdiri.
Ahhhh...Kekok
"Jom,aku ada satu benda nak tunjuk."ajak Hoseok.
"Apa dia?"
"Ikut je lah."Dia berjalan dahulu meninggalkan Jihyun yang terpinga-pinga ditinggalkan.
Baru je minta maaf tadi,dah buat balik...
Tak tau la cukup sweet ke tak 😂
Chap paling pnjg stkt ni
Chap 5 hilang..aq gnti dgn chap 6
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...