34

79 10 27
                                    

Sudah genap seminggu sejak kehilangan Jihyun.Segala usaha sudah mereka lakukan namun tidak membuahkan hasil.Hari ini juga kes perbicaraan Ryujin.

Itu lagi satu masalah.Puan Jung sampai pengsan bila dapat tahu sebab Ryujin ditangkap.Hoseok pula,sangat marah ketika itu.Hampir sahaja dia menampar Ryujin.Mujur ada Hani yang menghalang.

Masuk sahaja ke mahkamah,Hoseok,Hani dan Puan Jung terkejut apabila mereka ternampak seorang perempuan yang hilang hampir seminggu.Siapa lagi kalau bukan Jihyun.

Dia datang bersama Taehyung dan tiga lagi lelaki yang tidak dikenali.Ketika Hoseok mahu mendekati Jihyun,perbicaraan telah pun bermula.Jadi,dia batalkan dulu niatnya.

Ryujin ternyata bersalah.Hyungwon dan Doktor Im juga sama atas tuduhan bersubahat.

Jihyun tersenyum lega.Akhirnya semua telah selesai.Cuma tinggal satu lagi masalah.

Hoseok.

Lelaki itu berdiri di tepi pintu bersama keluarganya.Mukanya langsung tiada secalit senyuman sejak tadi.Serius.

Jihyun mendekati keluarga Puan Jung.

"Aunty,Jihyun minta maaf.Selama ni,Jihyun tipu aunty.Jihyun tak sakit tapi Jihyun cuma berlakon.Maafkan Jihyun,aunty." ujar Jihyun perlahan dan lirih.

"Kenapa Jihyun?" tanya Puan Jung dengan suara yang bergetar.Matanya sudah dipenuhi airmata yang bila-bila masa saja boleh tumpah.

"Apa pun alasannya,Jihyun tetap menipu aunty.Jihyun tetap salah.Jihyun tahu,perkataan maaf tak cukup.Tapi itu je yang mampu Jihyun buat sekarang." Jihyun tersenyum kelat.Dia menggamit Daehwi mendekatinya.

"Aunty,maafkan Jihyun juga sebab sembunyikan Daehwi."

"Daehwi?" tanya Puan Jung tidak percaya apabila melihat anak sedaranya yang disangka telah mati itu.

"Ye,dia hidup.Jihyun minta hospital palsukan sijil kematian Daehwi."

Puan Jung menarik Daehwi ke dalam pelukannya.Daehwi membalas pelukan dengan juraian air mata.

"Hani,maafkan kakak.Kakak dah banyak susahkan Hani.Kakak tipu Hani selama ni.Kakak betul-betul minta maaf." ucal Jihyun pada Hani pula.Dia menggenggam tangan Hani dengan lembut.

"Hani tak tahu apa yang tengah jadi sekarang,tapi Hani yakin kakak takkan buat sesuatu tanpa sebab." balas Hani lalu dia memeluk Jihyun erat.Memang dia kecewa dengan apa yang Jihyun buat,tapi dia yakin kakaknya itu lebih terluka.

"Hoseok." panggil Jihyun perlahan.Matanya menekur ke arah lantai apabila Hoseok merenungnya dengan tajam.

"Boleh ikut saya sekejap?"

Hoseok mengangguk tanpa kata.Dia mengekori Jihyun menjauhi kelompok keluarga mereka.Pintu keretanya dibuka kasar.

"Masuk." arah Hoseok mendatar.Jihyun teragak-agak untuk masuk ke dalam.Takut Daehwi mencarinya pula.Akan tetapi,apabila melihat pandangan tajam dari Hoseok,terus dia masuk ke dalam.

Range Rover putih bergerak meninggalkan kawasan mahkamah.Jihyun diam tanpa suara.Terasa kekok apabila berduaan dengan Hoseok.

Hoseok memberhentikan kereta di tepi pantai.Tempat yang sama dia bawa Jihyun untuk menyambut hari lahir dahulu.Kakinya melangkah menyusuri pasir pantai tanpa mempedulikan Jihyun.

"Jung Hoseok!!!Tunggu!" jerit Jihyun kuat.Dia berlari-lari anak mengejar Hoseok yang semakin menjauh.Lengan Hoseok direntap kasar sehingga lelaki itu sedikit terdorong ke arahnya.

"Tak puas lagi memperbodohkan aku ke,Lee Jihyun?" tanya Hoseok dingin.

"Saya...."

"Cakaplah.Aku nak dengar."

Jihyun menyusun ayat yang sesuai di dalam otaknya.

"Kenapa diam?!Aku suruh kau bercakap kan?!" tengking Hoseok kuat.

Bahu Jihyun terhinjut sedikit kerana terkejut.

"Tolonglah cakap sesuatu." Bahu Jihyun dicengkam sedikit kuat.Matanya merenung ke dalam anak mata milik Jihyun.Renungan yang penuh dengan kekecewaan.

"Saya...." Jeda.

"Tentang semua luahan awak tu...." Jeda lagi.

"Saya cuma nak cakap yang...." Nafas berat dihela.

"Saya pun sama.Saya suka awak,sayangkan awak.Saya cintakan awak.Cuma saya tak mampu nak cakap semua tu." luah Jihyun berani.Dia tak peduli apa yang akan jadi.Dia cuma mahu Hoseok tahu tentang perkara itu.

Hoseok menghela nafas kasar.Serabut!

"Saya tahu awak tengah marah.Dan saya tahu jugak awak tak boleh terima semua ni.Tapi saya tak peduli,saya tetap-"

Kata-kata Jihyun terhenti apabila bibir Hoseok menindih bibirnya dengan lembut.Hoseok merangkul pinggang ramping Jihyun.

Mata Jihyun terbuntang luas.Tubuhnya kaku tanpa sebarang reaksi.Tidak membalas.Tidak juga menolak.Dia cuma memerhatikan mata Hoseok yang terpejam.

Setelah beberapa ketika,Hoseok melepaskan tautan di bibir mereka.Dia melangkah menjauhi Jihyun.

Jihyun seolah-olah baru tersedar.Dia mengejar Hoseok.Sekali lagi lengan Hoseok direntap.Leher Hoseok ditarik ke bawah lalu dia menyambar bibir Hoseok dengan pantas.Tangannya melingkar di leher lelaki itu.Tangan Hoseok pula dipinggangnya.

Nafas mereka turun naik dengan laju.

"Jangan muncul depan aku lagi."

"I will."

-Tamat-

640 words

Maafkan beta chapter ini agak

Apa-apa pun haihhhh

Bye-bye 👋

His Childish Lover -JHSWhere stories live. Discover now