Sinaran cahaya matahari menyedarkan Jihyun dari alam mimpi.Jihyun memegang kepalanya yang terasa berdenyut-denyut.Perlahan-lahan matanya dibuka.Bilik yang asing menyapa pandangannya.
Nampak seperti hotel.
Baju yang tersarung di tubuhnya dipandang.Bukan baju yang dia pakai semalam.Dan yang pasti,dia yakin baju itu milik lelaki.Mindanya dikerah cuba mengingati apa yang berlaku.
Klak!
Matanya beralih pada pintu bilik air yang terbuka.Matanya membulat apabila terpandang Hoseok.Rambut yang basah jelas menunjukan Hoseok baru selesai mandi.
"Kau dah bangun." kata Hoseok mendatar.Pandangan tajam Jihyun dia abaikan.
"Apa jadi semalam?"
"Kau mabuk." jawabnya mendatar.
"Awak ambil kesempatan?" Mata Jihyun mula berkaca.Tangannya menggenggam erat selimut.
"Kau yang mulakan."
"Tipu!" jerit Jihyun kuat.Segala benda yang dapat dia capai dibaling ke arah Hoseok.
Hoseok menghampiri Jihyun.Lengan perempuan itu dicengkam perlahan.
"Saya tak percaya!Awak penipu!" jerit Jihyun lagi.Tangannya ditarik dari pegangan Hoseok.
Hoseok menghela nafas kasar.Zip sweater yang dipakainya ditarik ke bawah menampakkan leher dan bahunya. Jari Jihyun ditarik menyentuh kesan yang terdapat di sekitar kawasan itu.
"Aku buat benda ni sendiri ke?" tanya Hoseok dengan nada menyampah. Cengkaman di lengan Jihyun dia lepaskan.
Jihyun terdiam kelu untuk beberapa ketika. Dia menolak Hoseok menjauhinya lalu melangkah ke arah bilik mandi. Bendentum bunyi pintu dihempas.
Jihyun berdiri di depan cermin. Lehernya dibelek-belek. Tak ada sebarang kesan di situ. Tak semena-mena memori semalam muncul di mindanya.
Hoseok meletakkan Jihyun dengan perlahan ke atas katilnya.Tak pasal-pasal dia kena bawa Jihyun balik hotel.
"Kau minum ke baju kau yang minum hah?" bebel Hoseok sendirian.Cardigan yang dipakai oleh Jihyun diganti dengan baju kemejanya.
Cardigan milik Jihyun dibawa ke tandas.Bahagian yang kotor dicuci sedikit.Hanger dicapai lalu dia menyangkut baju itu.
Hoseok melangkah ke sofa.Tiba-tiba,ada satu tangan melingkar di pinggangnya.Siapa lagi kalau bukan Jihyun.Mana ada orang lain dalam bilik itu.Jihyun menyembamkan mukanya ke belakang Hoseok.
Tangan Jihyun di pinggangnya dirungkaikan.Wajah perempuan yang dirinduinya ditatap dari jarak dekat.
"Hoseok jahat....Penipu." ujar Jihyun mendatar.
"Benci Hoseok!" jerit Jihyun lalu dia merangkul Hoseok dengan erat.Muka disembamkan ke ceruk leher lelaki itu.
Hoseok cuba menolak Jihyun menjauhinya.Namun perempuan itu semakin mengeratkan pelukan.Bibirnya mula mencium leher Hoseok dengan lembut.
"Lee Jihyun,stop." arah Hoseok serius.
"Ahhh....why?" gumam Jihyun perlahan dengan nada geram.Bukan dia dengar cakap Hoseok pun.
Hoseok berdecit geram.Tubuh Jihyun dicempung ke katil.Dia meletakkan Jihyun dengan perlahan.
"Tidur." arahnya senada.
Jihyun menarik tangan Hoseok dengan kuat sehingga lelaki itu jatuh di sebelahnya.Terus sahaja dia merangkul tubuh Hoseok dengan erat bagai tak mahu lepas.Tak sampai seminit,dia kembali terlena.
"Ahhhhhhh!!!! Apakah?!" jerit Jihyun secara tiba-tiba. Automatik rona merah merebak di kawasan muka dan lehernya. Dia menampar pipinya dengan perlahan.
Tok tok tok....
"Kau kenapa?" Suara Hoseok berbunyi risau.
"Tak ada apa." tipu Jihyun.
Macam mana dia nak keluar dari bilik air ni? Nak hadap Hoseok lagi. Dah lah dia tuduh Hoseok ambil kesempatan tadi.
"Baju ada atas katil. Aku keluar dulu." pesan Hoseok. Baru beberapa langkah, telefon Jihyun berbunyi. Nama Yoon Jeonghan muncul di lock screen.
'Morning. Have a nice day, dear'
Sempat Hoseok baca sekilas mesej yang Jihyun terima sebelum dia melangkah keluar. Dia berdiri di tepi pintu bilik hotel sementar menunggu Jihyun mandi.
Hoseok tertanya-tanya tentang lelaki bernama Yoon Jeonghan. Adakah lelaki yang sama di restoran itu? Dia diserang satu perasaan yang pelik. Perasaan yang sama dia rasa bila Jihyun rapat dengan Taehyung dulu.
Cemburu?
512 words
Uishhh...terpanjang pulakkk 😂
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...