"Pakcik nak pergi mana?"
"Kerja."
"Sejak bila pakcik kerja?Bukan ke selalu pakcik duduk rumah je?" Jihyun mengekori Hoseok ke pintu rumah.
"Adalah."
"Pakcik kerja apa?"tanyanya lagi.
"Producer."
"Producer tu apa?" Dia berdiri di depan pintu kereta milik Hoseok.
"Producer tu orang yang buat lagu."
"Lagu pakcik mesti tak best kan?"
Hoseok tercengang mendengar kutukan tak bertapis dari Jihyun.Matanya dikecilkan memandang Jihyun. "Lagu aku masuk carta billboard eh!"
"Ooouhhhh..." Jihyun mengangguk faham.
Hoseok menghela nafas kasar.Budak ini... "Hyun sayang,pakcik dah lambat ni.Tolong ke tepi sikit,boleh?"
"Nak ikut boleh tak?" Memang tak boleh nampak Hoseok keluar,nak mengikut je kerjanya.
"Hyun,pakcik nak pergi kerja.Hyun mana boleh ikut.Aunty pergi kerja Hyun tak ikut kan?"
"Tapi kadang-kadang aunty bagi Hyun ikut."
"Aku nak cepat ni!Kau boleh ke tepi tak?" Cepat je Jihyun masuk ke dalam kereta.Hoseok mengeluh pasrah.Dia memberitahu kepada ibunya terlebih dahulu.Wajah ceria Jihyun dengan senyuman teruja dikerling sekilas sebelum dia menghidupkan enjin kereta.
********
"Welcome back Jung Hoseok!"
Hoseok menjeling Namjoon dari ekor matanya.Muka tak puas hati ditayang.Sejak sampai ke bangunan BigHit tadi,hingga sekarang Namjoon tak sudah-sudah mengejek dia.Ada je kata-kata yang perlian menyakitkan hati keluar dari mulut Namjoon.
"Bertahun-tahun kau hilang,akhirnya kau balik jugak kan.Tak sangka betul aku dapat tengok kau hidup-hidup." Namjoon tersengih menampakkan lesung pipitnya.Lancar sahaja dia menuturkan kata-kata sindiran itu.Pandangan membunuh Hoseok dia abaikan.
"Kau tak ada kerja ke Namjoon?" Hoseok bertanya dengan nada menyampah.Dia betul-betul nak Namjoon keluar dari studionya sekarang.Mengganggu orang nak buat lagu.Habis semua idea hilang.
"Baru hari pertama kerja,bukan main rajin lagi."
"Kerja aku bukan curi tulang macam kau."balas Hoseok sambil menjeling Namjoon.Jihyun elok diam,Namjoon pulak yang mengacau.
"Studio kau ni..." Namjoon jeda seketika.Matanya meliar ke segenap pelusuk studio itu. "Membosankan.Tak boleh ke kau tukar design studio ni?Simple sangat."
"Studio aku.Suka hati aku lah.Pergi keluar lah,semak mata aku tengok kau lama-lama lah!"
"Ye lah..Ye lah..Aku keluar."
"Bye bye Jihyun." Sempat dia melambai pada Jihyun.
Jihyun membalas lambaian Namjoon tapi matanya masih tertacap pada skrin tablet Hoseok yang dia gunakan untuk menonton rancangan kartun di youtube.
"Keluar pun..." Hoseok menggumam perlahan.Dia kembali fokus ke skrin komputer.Kerjanya yang tergendala disebabkan Namjoon disambung semula.
369 words
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...