special chapter#2-Chae Hyungwon

79 8 0
                                    

Kakinya melangkah tanpa henti.Dia menyusuri kaki lima deretan kedai.Panahan cahaya matahari yang terik tidak menghentikan langkahnya.Tujuannya hanya satu,berjumpa dengan cinta hati yang sudah sekian lama tidak ditemuinya.

Secara tak sengaja,dia ternampak seorang perempuan tersadung di bendul kaki lima.Habis barang-barang yang perempuan itu pegang jatuh berterabur.Atas rasa simpati,dia menghampiri perempuan itu untuk menghulurkan bantuan.Dia mengutip barang-barang dapur yang berterabur lalu dihulur pada perempuan itu.

"Terima kasih....Hyungwon?" Serta-merta mata perempuan itu membulat apabila melihat wajah lelaki yang menolongnya.Seperti tidak percaya dengan apa yang dia lihat.

"Ryena?" tanya Hyungwon turut terkejut.Dia juga tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Kali terakhir mereka bertemu kira-kira 10 tahun yang lalu.Itu pun,berakhir dengan pergaduhan.

Kaki Hyungwon terus melangkah dengan laju meninggalkan Ryena setelah dia mengembalikan barang-barang milik perempuan itu.Langsung dia tidak berhenti walaupun Ryena berkali-kali menjerit namanya.Berpaling pun tidak.

"Hyungwon sekejap." Ryena menarik tangan Hyungwon agak kuat.Dia mengalihkan tangannya apabila lelaki itu memandangnya dengan tajam.

"Ada banyak benda yang aku nak cakap dekat kau."

"Tak ada benda yang aku nak dengar dari kau." balas Hyungwon mendatar.Tak beriak.Tak ada perasaan.Senada.

"Tolonglah,aku merayu.Sekejap pun tak apa." rayu Ryena bersungguh-sungguh meminta simpati.

Hyungwon menghela nafas kasar.Mukanya diraup perlahan.Wajah berharap Ryena ditenung lama sebelum dia mengangguk perlahan.Lebar senyuman di bibir Haeun apabila melihat anggukan itu.Terus dia mengajak Hyungwon ke kafe yang terletak di seberang jalan.

"Apa?" tanya Hyungwon terus.Langsung tiada secalit senyuman di wajahnya.

"Kau sihat?" Ryena tersenyum nipis.Langsung tak ambil hati dengan Hyungwon.

"Hidup lagi." balas Hyungwon sarkastik.Tak berniat nak berbual mesra dengan sesiapa.Lagi-lagi Ryena.Rasa kecewa masih berbekas di dalam hatinya.Bila nampak muka Ryena,rasa macam luka di hati kena simbah dengan jus lemon.

Hiperbola sungguh....

"Haemi sihat?" tanya Ryena lagi.

"Kenapa sibuk tanya tentang anak aku?" tanya Hyungwon sinis.

"Salah ke saya tanya tentang anak saya sendiri?"

"Baru sekarang kau nak mengaku dia anak kau?" Hyungwon tersenyum sinis.Perempuan ni ada terhantuk dekat mana-mana ke sampai dia lupa apa yang dikatakan 10 tahun lepas?

luka di hati kena simbah dengan jus lemon.

Hiperbola sungguh....

"Haemi sihat?" tanya Ryena lagi.

"Kenapa sibuk tanya tentang anak aku?" tanya Hyungwon sinis.

"Salah ke tanya tentang anak aku sendiri?"

"Baru sekarang kau nak mengaku dia anak kau?" Hyungwon tersenyum sinis.Perempuan ni ada terhantuk dekat mana-mana ke sampai dia lupa apa yang dikatakan 10 tahun lepas?

"Aku minta maaf-"

"Perkataan maaf tak dapat merubah apa-apa." pintas Hyungwon laju.

"Izinkan aku jumpa Haemi." pinta Ryena penuh berharap.Kalau boleh,dia mahu tebus semua kesalahan lalunya.Dia cuma manusia biasa yang lakukan kesilapan.

Hyungwon menggeleng tanpa suara.Untuk apa Ryena bertemu semula dengan Haemi?Lima tahun Hyungwon besarkan Haemi sendiri,budak itu selalu bertanya tentang ibunya.Kadang-kadang sampai menangis.Haemi selalu bertanya sama ada ibunya tinggalkan dia sebab dia itu menyusahkan.

His Childish Lover -JHSWhere stories live. Discover now