49

75 8 0
                                    

Jihyun pergi ke pantai yang pernah dia kunjungi bersama Hoseok satu ketika dahulu.Dari rumah Puan Jung,Hani kata Hoseok ada di pantai.Harap-harap lelaki itu masih ada di sini.

Dia sudah hantar mesej pada Hoseok setelah panggilannya tidak dijawab.Entah Hoseok baca atau tidak.

Jihyun menyusuri pasir pantai itu.Bayang Hoseok masih tak kelihatan.Dia berhenti melangkah apabila ternampak satu balang kaca yang ada pelekat tertulis namanya.Tutup balang kaca itu dibuka.Gulungan kertas yang ada di dalam balang itu dibaca.

Marry me.

"So?"

Dia terus memandang ke depan apabila suara itu menjengah pendengarannya.Hoseok berdiri di depannya sambil tersenyum manis.Lelaki itu memegang patung beruang putih yang mereka rebutkan di kedai mainan tiga tahun yang lalu.

"Pilihan jawapan?" tanya Jihyun kembali sengaja nak bermain tarik tali.

"Yes or yes."

"I choose or." Jihyun tersenyum mengejek.

"Pergi lah dekat mamat tu." Hoseok menjeling Jihyun menyampah.Main-main pulak dia.Semalam mesej orang beriya-iya kata tak ada apa-apa hubungan dengan lelaki nama Jeonghan tu.

"Lain kali,nak curi tengok tu biarlah sampai habis.Kan dah salah faham." kata Jihyun sambil mentertawakan Hoseok yang sudah tayang muka cemberut.

Mana tak salah faham.Lepas tengok Jeonghan letak cincin tu atas tapak tangan Jihyun dia terus pergi.Sedangkan,selepas itu Jihyun kembalikan semula cincin kepada Jeonghan.

"Nak ke tak ni?" tanya Hoseok geram.Sakit hati bila Jihyun tak henti-henti ketawakannya.

"Tak romantik langsung." gumam Jihyun dengan nada menyampah.Cara macam tu nak ajak orang kahwin?

"Ryujin macam mana?"

"Tak payah sebut nama dia lah.Dah lama cerai." balas Hoseok mendatar.Rosak mood dengar nama Ryujin.

"Kenapa cerai." tanya Jihyun lagi.

Hoseok pandang Jihyun dengan muka 'kau-tahu-sebabnya-kan'.Matanya digulingkan tanda menyampah dengan soalan Jihyun.

"Nak kahwin ke tak nak ni?" Hoseok mengulang untuk kali yang ketiga.

"Macam tu nak ajak orang kahwin?Makcik tepi jalan pun reject awak tau." balas Jihyun geram.

"Kau nak aku melutut macam dalam drama?Tak payah berangan." kata Hoseok dengan nada mengejek.

Jihyun berdecit geram.Apa punya manusia depan dia ni?Tak ada perasaan ke?

"Sebabkan saya simpati dengan awak,jom lah kita kahwin.Kesian awak tak ada siapa nak." balas Jihyun sinis.

Hoseok melangkah beberapa tapak mendekati Jihyun.Kepala Jihyun diusap perlahan.Senyuman lebar dihadiahkan untuk perempuan itu.Terserlah lesung pipit di tepi bibirnya.

"Jom ikut aku." Tangan Jihyun ditarik ke satu arah.Dia berhenti di satu tempat yang tak asing di pandangan Jihyun.Semuanya kelihatan sama seperti dulu.Tikar,makanan,minuman,malah tempat juga sama.

"Happy birthday,even lambat dua hari.Sama kan macam tiga tahun lepas?" ucap Hoseok dengan nada yang tenang.

Tanpa kata,Jihyun terus merangkul tubuh Hoseok dengan erat.Emosinya bercampur.Teruja,gembira,terharu semuanya menjadi satu.

"Hadiah dah dapat kan?" tanya Hoseok setelah mereka mengambil tempat duduk di atas tikar itu.

"Macam mana Nicorn ada dekat awak?" Terhenti tangan Jihyun dari menuang air ke dalam gelas.

"Aku tak pernah tinggalkan Nicorn."

"Kenapa?" Dahi Jihyun berkerut.Pelik dengan jawapan Hoseok.

"Untuk kurangkan rasa rindu dekat kau."

"Awwww....So sweet...."

472 words

His Childish Lover -JHSWhere stories live. Discover now