"Biy, makan lah sikit. Dari semalam awak tak makan langsung." pujuk Hoseok lembut. Disuakan sup ke mulut Jihyun namun dia menutup rapat mulutnya.
Pandangan Jihyun kosong. Dari tadi dia cuma termenung melihat katil milik Sarang. Tiada lagi air mata yang mengalir keluar. Dia sudah penat menangis.
Hoseok mengeluh lemah. Mangkuk sup ditinggalkan di atas meja kecil lalu Hoseok melangkah ke ruang tamu. Dia menggeleng perlahan pada Daehwi.
"Dah seminggu noona termenung. Makan pun tak menentu." ujar Daehwi pilu. Dia sedih melihat keadaan kakaknya yang tidak terurus.
"Cuba kau pujuk dia. Hyung pujuk tak jalan." cadang Hoseok.
"Sebelum hyung balik tadi, aku dah pujuk dulu. Dia tak layan juga." Daehwi mengeluh diikuti Hoseok.
Tak tahu cara apa lagi yang patut untuk kembalikan semangat Jihyun. Jihyun betul-betul lemah sekarang.
Daehwi mengerling sekilas pada jam dinding. "Hyung bukan ada meeting ke?"
"Tak sampai hati pula nak tinggalkan Jihyun. Nanti hyung suruh Namjoon inform je lah."
"Aku boleh jaga noona kalau hyung pergi meeting."
Hoseok memandang ke tingkat atas. Dia berat hati untuk tinggalkan Jihyun. Rasa seperti sesuatu yang buruk akan terjadi.
Akhirnya dicapainya juga kunci kereta. Baru sahaja sampai di simpang keluar dari kawasan perumahan mereka, dia menerima panggilan telefon dari Daehwi.
'Noona hilang!'
"Hah?! Dia tak ada dalam bilik ke?"
'Tak! Satu rumah aku dah cari tapi tak ada.'
"Aku balik sekarang."
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...