Hoseok duduk berehat dengan tenang di depan tv.Ryujin dah lama tidur.Sejak dari malam itu,mereka berdua masih belum berbaik.Ryujin langsung tak mahu bercakap dengan Hoseok.Hoseok pula malas nak memujuk.
Jam sudah menginjak ke pukul satu pagi tetapi dia masih berjaga.Kertas-kertas lirik berterabur di atas meja kopi dengan televisyen yang terpasang.Ini satu pembaziran tenaga elektrik.
"Pakcik,jom tengok movie." Jihyun menegur dengan nada perlahan.Dia tak dapat melelapkan mata.Jadi dia turun ke bawah untuk mengambil air.Nampak pulak Hoseok masih berjaga.
"Nak tengok movie apa?" tanya Hoseok lembut.Kertasnya sudah disusun kemas.
"Titanic."
"Mana kau tahu cerita tu?" Dahi Hoseok berkerut mendengar nama movie itu.Macam mana budak ni boleh tahu tentang Titanic?Itu cerita lama kot.
"Taehyung cakap." tipu Jihyun.
"Apa je lah doktor pelik tu ajar kau." gumam Hoseok sambil menukar setting di televisyen.
Jihyun pergi ke dapun untuk mengambil snack.Semangkuk keropok kentang berperisa BBQ dibawa ke ruang tamu.Dua botol sprite turut dicapai sekali.
Jihyun duduk di sofa apabila cerita itu hampir bermula.Bayang Hoseok tidak kelihatan.Tak lama kemudian,Hoseok muncul bersama selimut di tangannya.Selimut itu dia gunakan untuk membalut tubuh mereka berdua.
Hoseok menumpukan perhatian sepenuhnya pada cerita yang disiarkan di skrin televisyen.Dalam diam,Jihyun mencuri pandang ke arah Hoseok.Cahaya malap dari skrin membantu Jihyun untuk melihat dengan jelas.
"Pakcik."
"Hurm?" Hoseok menjawab tanpa memandang ke arah Jihyun.
"Pakcik marah tak kalau kena tipu?"
"Marah." jawabnya sepatah.Fokus tertumpu pada skrin televisyen.
"Kalau pakcik kena tipu,apa pakcik buat?"
"Entah.Kenapa tanya?"
'Sebab saya tengah menipu awak.'
"Tak ada apa." Keadaan sunyi menemani mereka.Cuma bunyi skrin televisyen yang kedengaran.
"Jihyun suka pakcik." kata Jihyun jujur.
"Aku pun." Dia mengalihkan pandangan ke arah Jihyun.
Hoseok tersenyum lebar.Kepala Jihyun diusap lembut.Kepalanya dilentokkan ke bahu Jihyun.
Jihyun tersenyum kelat.Adakah itu senyuman terakhir dari Hoseok yang dia dapat lihat?
Beberapa jam kemudian,cerita itu akhirnya tamat.Jihyun mengerling ke arah Hoseok.Lelaki itu sudah terlena beralaskan bahu Jihyun.
Perlahan-lahan Jihyun membaringkan Hoseok ke atas sofa.Selimut ditarik separas dada Hoseok.Rambut lelaki itu diusap penuh kasih sayang sehingga ke pipi.Matanya berkaca apabila menatap wajah yang dia sayangi.
"I love you forever and ever." ucap Jihyun perlahan dengan nada bergetar.
"Jung Hoseok,maafkan saya." Tangan Hoseok dicapai lalu dia mengucup tangan itu.
"Jaga diri.Jangan tidur lewat selalu.Kerja memang penting,tapi kesihatan awak perlu diutamakan." pesan Jihyun walaupun Hoseok tidak mendengarnya.
"Selamat tinggal,sayang." Bibirnya mencium dahi Hoseok untuk beberapa saat sebelum dia melangkah keluar dari rumah itu.
Dia berhenti seketika di depan pagar.Rumah yang dihuni hampi lima tahun itu ditatap lama.Dia terpaksa lakukan semua ini.
"Selamat tinggal semua." gumam Jihyun perlahan.
BMW hitam yang terparkir tidak jauh dari rumah Puan Jung dihampiri.Jihyun terus melelapkan mata sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta itu.
"Kau yakin?" tanya Daniel serius.
"Aku tak akan patah balik." balas Jihyun mendatar.Mukanya dipalingkan ke arah luar tingkap.
Daniel menghela nafas kasar.Pedal minyak ditekan lalu kereta mula bergerak meninggalkan kawasan perumahan itu.
473 words
Sakit hati aku bila chapter ni hilang dari radar!!!Tak pasal2 kena tulis balik 😤😧
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...