Cuaca sejuk di Kota New York mencengkam hingga ke tulang.Jaket tebal belum tentu dapat menghilangkan kesejukan itu.Walaupun hampir ke penghujungnya,ia tetap sejuk.
Dalam kedinginan itu,seorang perempuan berjalan seorang diri menyusuri kaki lima deretan kedai-kedai di tepi jalan.Sejuk mencengkam ke tulang putih namun dia tetap teruskan perjalanan.Belum puas rasanya bersiar-siar dalam suasana dingin itu.
"Jihyun tak sejuk ke hah?"
"Tak,sebab Hoseok dah cukup hot." Jihyun mengenyit mata nakal lalu dia ketawa dengan reaksi yang diberikan oleh Hoseok.Lelaki itu buat gaya seperti mahu termuntah.
"Banyak lah kau." Bola salji yang dibuat secara senyap-senyap dia baling pada Jihyun.
"Jung Hoseok!!!" jerit Jihyun geram.Habis rambutnya dipenuhi dengan salji.Bukan itu sahaja,salji turut masuk ke dalam baju.Hoseok ketawa puas.
"Meh sini abang hot tolong." Hoseok menarik Jihyun ke dalam pelukan.
"Abang hot konon." Jihyun mencebik menyampah.Dia turut merangkul Hoseok yang kononnya tolong menghangatkan dirinya itu.
"Aku dapat tawaran study dekat negara luar." ujar Hoseok secara tiba-tiba.Dagunya didaratkan ke bahu Jihyun.
"Hoseok nak tinggalkan Jihyun ke?"
"Aku janji,setiap kali musim bunga aku balik."
Memori itu..Masih segar dalam ingatan Jihyun.Memori semasa Jihyun masih bersekolah.Sebelum Hoseok buat keputusan untuk tinggalkan bumi Korea tanpa khabar berita sekali gus memungkiri janji yang telah dibuat.
Suaranya.
Gelak tawanya.
Pelukan hangatnya.
Segala tentang dia masih tersimpan kemas dalam kotak memori milik Jihyun.
Tiga tahun berlalu sejak kau tinggalkan dia...Kenapa tak move on lagi wahai Lee Jihyun?Entah-entah dia langsung tak ingat tentang manusia bernama Jihyun ini.
Nafas berat dihela.Jihyun berehat sebentar di sebuah bangku.Earphone disumbat ke telinga lantas playlist diselongkar mencari lagu yang sesuai.
Lagu Spring Day dari BTS berkumandang di telinganya.Sesekali dia turut bernyanyi kecil mengikut rentak lagu itu.Lagu itu mempunyai maksud yang mendalam.Kerana janji yang pernah Hoseok berikan suatu masa dulu.Janji yang dia akan bertemu dengan Jihyun setiap kali musim bunga.
"Hoseok janji,nak jumpa Jihyun setiap kali musim bunga.Jihyun tunggu Hoseok tau." gumamnya sendiri.
Ya.
Selama tiga tahun ini dia menanti sesuatu yang sia-sia.Menunggu seseorang yang dia pernah tipu.Menunggu orang yang dia lukai hatinya.Dia sendiri yang memusnahkan kepercayaan yang lelaki itu berikan.
"Jihyun tak marah Hoseok sebab mungkir janji...Sebab semua ni salah Jihyun.Hoseok tak salah." Senyuman kelat diukir.
*********
"Kau pergi mana tadi?"
"Jalan-jalan.Bosan lah asyik duduk rumah je." Jihyun menarik satu kerusi di meja makan.Dia mengerling pada Daniel di kabinet dapur.
"Sejuk-sejuk ni?Kau kalau demam,aku jugak yang susah." bebel Daniel seperti mak memarahi anak.Secawan coklat panas yang masih berasap disua kepada Jihyun.
Cawan berisi air coklat itu dibawa ke bibirnya lalu ditiup menghasilkan kepulan-kepulan wap.
"Daehwi mana?" Sunyi sahaja rumahnya ketika itu.Tak ada bunyi suara Daehwi menjerit apabila kalah game.
"Pergi rumah kawan dia." jawab Daniel setelah dia meneguk sedikit air.Jihyun mengangguk faham.Biarlah Daehwi dengan rakan-rakannya.Dia terkurung selama lima tahun.Tempoh masa yang panjang untuk seorang remaja yang sedang membesar.
"Kau?Tak ada kawan?" soal Daniel pula.
Jihyun menjungkitkan kening.Kawan?
"Kau bukan kawan aku?" Soalan berbalas soalan.
"Maksud aku selain dari aku lah.Tak akan tak ada langsung?"
Jihyun menggeleng.Dia tak ada kawan dan dia tak nak berkawan dengan sesiapa.Bukan semua orang boleh dipercayai.
"Bila sekolah mula?" Cawan yang sudah kosong Jihyun bawa ke sinki lalu dibasuh terus.
"Macam aku pulak yang sekolah.Tanya lah Daehwi." balas Daniel lalu dia berlalu naik ke biliknya.
540 words
Kesat balik air mata tu...
Aq saje nk prank kau 😂😂😂😂
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...