Hoseok sengaja datang awal ke kelas piano hari ini.Dia ada sesuatu yang perlu dilakukan.Dia berdiri di depan kelas piano untuk kanak-kanak berumur 10 tahun dan ke bawah.Pelajar semua telah habis latihan.Cuma tinggal gurunya sahaja.
Perempuan memakai topeng yang bernama Jiyeon.
Pintu dibuka secara kasar.Jihyun agak terkejut apabila wajah Hoseok muncuk di sebalik pintu.Nasib baik dia memang memakai topeng.
"Cik Jiyeon sibuk ke?" tanya Hoseok sengaja mahu mulakan perbualan.
Jihyun mengangguk laju.Ya dia sibuk.Sibuk untuk mengelak dari perlu berjumpa Hoseok.
"Saya nak tanya Cik Jiyeon sesuatu." Hoseok tersenyum.Bukan senyuman manis.Tetapi senyuman sinis.
"Tanya pada Anne." jawab Jihyun mendatar dengan suara yang diubah sedikit.Dia segera mencapai barang-barangnya dan melepasi Hoseok.
"Lee Jihyun." sebut Hoseok mendatar.
Langkah kaki Jihyun automatik terhenti.Dia kaku di tempatnya berdiri.Tidak memandang ke arah Hoseok.
"Nama cik hampir sama dengan nama dia.Jihyun dengan Jiyeon.Kan?" kata Hoseok dengan nada sinis sambil mendekati pintu.
Klak!
Pintu dikunci.
"Atau,cik Jiyeon sebenarnya Jihyun?" tanya Hoseok lagi.Kali ini dia sudah berdiri di depan Jihyun.
Jihyun tunduk menekur lantai.Angguk tidak geleng pun tidak.Kata-kata Hoseok kedengaran sinis di pendengarannya.Seolah-olah Hoseok sedang mengejek dia.
"Pandang aku." kata Hoseok mendatar.Dagu Jihyun ditolak lembut ke atas.Mata mereka bertemu.
"Betul tak tekaan aku,Lee Jihyun?" tanya Hoseok lagi.Mata perempuan itu mula berkaca.Meyakinkan lagi yang dia ialah Jihyun.
"Tak." Nafi Jihyun dengan suara yang bergetar.Tangan Hoseok dialihkan dari terus memegang dagunya.
"Kau masih nak menipu....Hurm?" tanya Hoseok separa berbisik.
"Take off the mask and face yourself,little kid." ujar Hoseok mendatar sambil mengusap rambut Jihyun dengan kasar.Dia melangkah beberapa tapak menjauhi Jihyun.
"Kalau saya Jihyun,kenapa?" ujar Jihyun secara tiba-tiba.Buku limanya digenggam erat.Kenapa dia perlu berhadapan dengan situasi seperti ini?
"Kalau kau Jihyun....Kau masih seorang penipu." balas Hoseok mendatar.Dia berdiri membelakangi Jihyun.
Jihyun terpana mendengar jawapan Hoseok.Nampaknya,lelaki itu masih belum memaafkan dirinya.Dia sahaja yang terlalu berharap Hoseok akan melupakan semua yang pernah terjadi.
"Jadi,saya Jiyeon.Saya bukan penipu."
"Baguslah." Hoseok tersenyum kelat.Bukan itu jawapan yang dia harapkan.Dia cuma mahu Jihyun berterus-terang.Dia perlukan jawapan.
"Sebab aku tak nak jumpa dengan manusia bernama Lee Jihyun lagi." sambung Hoseok lalu terus melangkah keluar dari studio itu.Kelas pianonya dibiarkan sahaja.
355 words
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanficCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...