Perlahan langkah Hoseok memimpin Jihyun. Wanita itu masih tiada reaksi tetapi dia akur sahaja dengan setiap perilaku Hoseok.
Hoseok berhenti di bawah sebuah pokok. Ada tikar dan bakul picnic di situ. Jihyun disuruh duduk lalu dia keluarkan makanan dan air dari dalam bakul.
"Baby nak sandwich atau fries?" Hoseok memandang Jihyun dengan mata yang redup.
Jihyun membiarkan sepi soalan Hoseok. Dia merenung kosong pada bakul.
"Baby please. I know awak sedih. Tapi awak tak boleh down macam ni." kata Hoseok sayu.
Kelopak mata Jihyun rasa panas. Tubir matanya bertakung dengan cecair jernih. Setitis air matanya jatuh.
"Awak tak faham." balas Jihyun tanpa nada. Mukanya ditundukkan, mengelak dari pandangan Hoseok. Air mata di pipinya diseka.
"Pa, I'm sorry. Am I late?" tanya satu suara lembut, termengah-mengah seperti baru lepas berlari.
"Nah... Kita baru sampai ni. Come, sit with us." Hoseok tersenyum pada perempuan itu. Ruang kosong di sebelahnya.
"I miss you." Dia terus menerpa ke arah Hoseok lalu memeluk lelaki itu. Hoseok ketawa kecil sebelum membalas pelukannya.
"I miss you too." balas Hoseok lembut.
"Baby, dia nak jumpa awak." Hoseok memanggil Jihyun yang masih menunduk.
"I miss you, ma." Dia merangkul bahu Jihyun dari sisi.
"Haemi?" Dahi Jihyun berkerut.
"Bila Haemi balik?" soalnya lalu menarik Haemi ke dalam pelukan.
"Tadi malam. Itu yang Haemi terlambat bangun. Padahal dah janji dengan papa nak datang on time." Haemi ketawa kecil dengan kecuaian sendiri.
"Ma, I feel sorry for you. Tapi mama kena kuat. Haemi tahu mama kuat, right?" Senyuman kecil diberi pada Jihyun.
Walaupun Haemi baru berumur 11 tahun, perwatakannya lebih matang dari kanak-kanak lain. Lebih-lebih lagi sejak Hyungwon berpindah ke New York hampir dua tahun lepas.
"Mama tak kuat, Haemi." Jihyun teresak bahu Haemi. Dia dapat rasa belakangnya diusap lembut.
"Ma, Haemi tahu mama dah hilang banyak. Tapi ma, jangan pandang apa yang mama hilang. Pandang apa yang mama still ada." kata Haemi, cuba memberi semangat pada Jihyun.
Jihyun mengangguk sedikit. Air matanya diseka sebelum pelukan dileraikan.
"Jom makan! Mama nak fries ke sandwich? Ni ada coffee. Mama suka coffee kan. Semua ni, papa masak sendiri tau." ujar Haemi ceria. Semangat dia keluarkan semua isi dari dalam bakul. Jihyun tersenyum kecil melihat gelagat Haemi.
Hoseok yang menyedari senyuman Jihyun turut tersenyum. Lega rasanya melihat wajah itu mengukirkan sebuah senyuman. Dia tak nak Jihyun terus bersedih. Dia tak sanggup lagi untuk melihat wajah muram Jihyun. Wanita itu terlalu banyak merasakan kehilangan orang-orang tersayang.
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...