38

70 10 2
                                    

"Apa kes pulak aku kena pergi New York?Pelik-pelik je Namjoon dengan Yoongi ni." bebel Hoseok sambil menarik beg keluar dari lapangan terbang.Begnya dimasukkan ke dalam teksi.

"Macam lah kat Korea tu tak ada cikgu piano.Lagi satu,Yoongi kan boleh main piano,apasal pulak aku yang kena belajar?Sampai ke New York pulak tu." bebelnya lagi.Dia masih belum berpuas hati.Namjoon beriya-iya memaksanya untuk pergi ke New York.Yoongi pun komplot sekali.

Sepanjang perjalan ke hotel,Hoseok membebel tanpa henti.Pemandu teksi tu pun dah pandang lain macam.Agaknya,dia pelik sebab Hoseok cakap sorang-sorang.Nasib baik dia tak hantar pergi hospital mental.

Selesai membayar tambang,dia terus masuk ke bilik hotel yang telah ditempah.Dia menghempaskan diri ke atas tilam.Telefonnya dihidupkan lalu alama studio yang Namjoon hantar melalui mesej itu dibaca.

"Hope studio?Apasal nama ni hampir sama dengan nama studio aku?" gumam Hoseok dengan dahi yang berkerut.

"Tempat ni ada age limit lah.Apa benda yang dorang tengah buat ni?" Studio itu cuma menerima pelajar dari lingkungan 5 hingga 15 tahun.Apakah?!

Nombor Namjoon didail.

"Woi!Tempat ni terima budak-budak je lah!" jerit Hoseok kuat tanpa menyapa Namjoon terlebih dahulu.

'Tak payah jerit-jerit lah.Aku dah bincang dengan owner studio tu,dia kata okay.' balas Namjoon lalu terus memutuskan panggilan itu.

***********

Namjoon

Esok dia datang

Siapa?

Student tua kau tu

Aku rasa ada yang tak kena
Baik kau bagitahu aku sekarang

Tunggu je lah esok

Kim Namjoon!!!
Jangan main-main dengan aku lah!

Baby Hoseok kau

Dahel?!
Woi Namjoon!!
Kau dah hilang akal ke?
Menyesal aku percayakan kau!
Jangan bluetick aku!
Kalau aku jumpa kau nahas lah

Jihyun mencampakkan telefonnya ke atas katil.Muka diraup kasar.Keluhan terlepas dari bibirnya.Stress!

Namjoon memang hilang akal.

Patutlah dia rasa ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.

"Halah halah...Mati lah aku!Apa aku nak buat ni?!" jerit Jihyun kuat.Nasib baik cuma dia seorang sahaja yang ada dekat rumah sekarang.

"Anne!" Nombor kawannya didail.Mujur dia masih ada cara lain untuk mengelak dari berjumpa dengan Hoseok.

"Dia tak nak jumpa aku lagi,Joon." gumam Jihyun perlahan.Matanya dipejam.Tak lama itu,dia terlena bersama perasaan yang gundah.

346 words

His Childish Lover -JHSWhere stories live. Discover now