36

74 9 3
                                    

"Kau takkan balik Korea ke?Aku nak kahwin ni." lirih suara Taehyung dalam telefon.Puas dipujuk,Jihyun tetap tak mahu pulang ke sana.

"Daehwi dengan Daniel balik,aku kerja lah." Jihyun menekan keyboard piano itu.

"Ahh alasan kau!Studio tu kau yang punya,boleh je kau tutup kan?"

"Kesian student aku."

"Aku tak kesian pulak!" balas Taehyung seperti merajuk.

"Taehyung...Jangan lah merajuk.Aku betul-betul busy sekarang."

"Alasan!Kau tak nak balik sebab Hoseok kan?"

Jihyun terkelu sendiri.Memang betul.Dia tak mahu pulang ke Korea disebabkan Hoseok.Disebabkan janji yang pernah dia lafazkan satu ketika dulu.

"Tak apa lah Jihyun.Cuma Hani tu,harap sangat kau balik." ujar Taehyung putus asa.

"Maaf,aku tak sedia lagi." kata Jihyun perlahan.

"Aku faham."

"Tahniah untuk perkahwinan kau.Nanti aku kirim hadiah."

"Ferrari sebijik!" jerit Taehyung lalu dia ketawa dengan kuat.

"Otak kau lah!" balas Jihyun juga menjerit.Sekejap sahaja serius.Lepas tu jadi gila balik.Dengan Taehyung,mood dia kerap berubah.

"Daddy Haemi nak cakap dengan aunty!" Suara kanak-kanak perempuan menyapa pendengaran Jihyun.

"Kejap lah,daddy tengah cakap dengan aunty ni."

"Alahhhh!!!"

"Hah nah nah ambik.Cakap lah puas-puas dengan aunty tu."

Suara Taehyung berbalah dengan kanak-kanak itu pula kedengaran.Jihyun tersenyum sendiri.

"Aunty!Haemi rindu aunty."

"Aunty pun rindu Haemi.Suruh lah daddy bawak Haemi datang sini."

"Daddy asyik sibuk je sekarang." Adu Haemi manja.

"Alah ciannye dia...Daddy tak layan Haemi ye?" tanya Jihyun lembut.

"Emmm...Nasib baik mummy Hani ada teman Haemi."

"Baguslah,daddy busy sebab dia nak kahwin dengan mummy.Nanti lepas daddy kahwin,Haemi boleh main dengan mummy puas-puas." ujar Jihyun pada anak kecil itu.

"Kalau Haemi nak adik baby boleh?"

"Itu kena tanya kat daddy dengan mummy la." Jihyun ketawa kecil.

"Aunty,mummy datang!Bye-bye aunty!"

"Bye-bye sayang."

Jihyun menyimpan telefonnya ke dalam poket baju panas.Rindu dengan Taehyung,Hani dan Puan Jung yang berada di Korea.Selalu juga dia menelefon mereka.Cuma berjumpa tu yang tak pernah.

Kali terakhir pun,tahun lepas semasa Taehyung bawa Haemi bercuti di New York.

Haemi ialah anak perempuan Hyungwon.Taehyung yang menjaga budak perempuan itu.Ikutkan hati dia nak bawa sekali Haemi ke New York.Tetapi,susah pula nanti kalau Haemi mahu berjumpa Hyungwon.

Suis lampu dimatikan sebelum dia mengunci pintu studio.Pelajarnya semua sudah pulang ke rumah.Baru sahaja mahu berjalan pulang,matanya terperasankan seorang budak lelaki berdiri di sebelah pintu studionya sambil tersenyum manis.

"Hai cikgu." sapa budak itu ramah.

"Kenapa tak balik lagi,Ethan?"

"Daddy give you this." Sekuntum bunga ros merah dihulurkan kepada Jihyun.

Teragak-agak Jihyun mahu memgambil bunga itu.

"Ethan,please tell your daddy to stop disturbing me." kata Jihyun dengan lembut.Dia sudah penat mahu menghalang.Lelaki itu tak akan berhenti mengganggunya.

Bukan setakat bunga,coklat dan teddy bear pun dia pernah dapat.Semuanya Jihyun berikan kepada Daehwi.Sampai adiknya itu bising sebab barang-barang tu semua untuk perempuan.

"But daddy like you." beritahu Ethan jujur.

Jihyun mengeluh berat.Masalah betul lah!

"Ethan-"

"Teacher,take care.See you tomorrow!" Ethan melambai ke arah Jihyun lalu berlari ke arah kereta yang terparkir di depan studio itu.

493 words

Mcm yg aq jnji syg 😂😂

His Childish Lover -JHSWhere stories live. Discover now