"Hoseok,kau boleh cepat tak?Dekat nak satu jam kita dalam kedai kasut ni." Namjoon menunjukkan tangannya yang mempunyai jam di depan muka Hoseok.Dia mulai bosan menunggu Hoseok memilih kasut.
Itu tak kena,ini tak kena.Menyesal pulak setuju nak teman dia tadi.Mengalahkan perempuan bershopping!
"Hoi!Aku pergi kedai depan tu sekejap."
Hoseok mengangguk.Dia membuat isyarat menghalau dengan menggunakan tangan.Sempat Namjoon menyumpah Hoseok di dalam hati sebelum pergi ke kedai lain.
Sepasang kasut converse high top berwarna biru gelap menarik minatnya.Dia mencapai kasut itu.Lama dia perhatikan kasut tersebut.
Sejujurnya,dia terlalu memilih kerana kasut itu bukan untuk dirinya.Dia nak bagi Jihyun sebagai hadiah hari lahir pada minggu hadapan.
"Dia still suka converse ke?" gumam Hoseok sendiri.Rasanya,dia dah lama tak nampak Jihyun pakai converse.Sejak dia balik sini,Jihyun selalu pakai selipar biasa.
"Jung Hoseok?" Seorang perempuan berambut coklat separas bahu menegur Hoseok.Perempuan itu memaparkan reaksi terkejut.
"Oh my god!It's really you!I tak sangka dapat jumpa you dekat sini." Perempuan itu berkata teruja.Apabila dia tersenyum,matanya menjadi sepet.
"Maaf ye,cik ni siapa?" tanya Hoseok ragu-ragu.
"I Kim Ryujin lah.Sampai hati you tak ingat classmate sendiri kan." kata Ryujin seakan berkecil hati dengan Hoseok.
"Ryujin?" Hoseok cuba mengingati manusia bernama Ryujin itu.
"Patutlah aku tak ingat kau!Lain gila kau sekarang ni,dulu kau nerd-nerd gitu."
Ryujin ketawa buat-buat.Dia kurang senang apabila penampilannya yang lama diungkit.Dulu nerd,sekarang dah cantik.Mana nak ingat zaman nerd tu.
"Aunty tak ada cakap pulak you balik sini."
"Aunty?"
"Actually,I rapat dengan omma you.I selalu beli bunga dekat kedai aunty." terang Ryujin.Matanya terpadang kasut di tangan Hoseok.Dia tahu tu kasut untuk perempuan.
"Untuk girlfriend eh?" teka Ryujin dengan nada bergurau.
"Wife to be." Perbetul Hoseok.Kalau betul-betul wife to be,dialah orang paling bahagia.
"You free tak?Wanna have some coffee?" Ryujin menunjuk pada kafe di depan kedai kasut itu.
"Sure.Aku bayar sekejap." Hoseok berlaluke kaunter.Ryujin mengukir segaris senyuman yang sukar untuk ditafsirkan sebaik sahaja susuk tubuh Hoseok hilang dari pandangan matanya.
332 words
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...