special chapter#1-Jung Hoseok

96 10 0
                                    

Jihyun menatang dulang berisi teko ke ruang tamu.Dia menghidangkan minuman dan sedikit makanan ringan untuk Taehyung dan Hani yang datang melawatnya.

"Kenapa susah-susah kak?Patutnya,kakak duduk je." kata Hani serba-salah.Kandungan Jihyun sudah mencecah sembilan bulan.Tunggu masa je nak bersalin.Risau juga kalau apa-apa terjadi pada kakak iparnya.

"Susah apanya,bukan akak kena pergi proses teh dekat kilang.Tuang air panas dah siap." balas Jihyun sambil menayangkan senyuman nipis.Dia melabuh punggung di sebelah Hoseok.

"Kakak ipar kau bukan reti dengar cakap.Lagi abang halang,lagi dia buat." ujar Hoseok pula.

"Dah ada nama ke?" tanya Taehyung tiba-tiba.

Hoseok dan Jihyun berpandangan.Baru teringat yang mereka belum fikir lagi nama anak.Sedangkan,tunggu masa je baby tu nak keluar.Lantas mereka berdua menggeleng serentak.

"Kita letak nama dia Huimang nak?" cadang Hoseok.Pantas Jihyun menggeleng tidak setuju.Tak habis-habis dengan harapan dia tu.

"Kimchi?" Taehyung pula yang memberi cadangan.Juga gelengan yang Jihyun beri.Apa pelik-pelik nama yang diorang cadangkan ni?

"Kau nak nama tu,letak dekat anak kau nanti." Jihyun menjeling Taehyung menyampah.

"Belum rezeki,kak." ujar Hani dengan senyuman tipis.

"Tak apa,masa berdua ni boleh lah korang bersweet-sweet.Kalau dah ada anak nanti,kena fokus dekat anak pulak.Silap-silap,Tae diabaikan." balas Jihyun lembut juga terselit gurauan.Hani ketawa kecil.

"Kitorang balik dulu,kak." pamit Hani lalu berlaga pipi dengan Jihyun.

"Abang tu,jangan lupa due date Kak Jihyun.Jangan asyik ingat dekat studio kau tu je." Sempat Hani menyindir abangnya sebelum kereta milik Taehyung meluncur laju di atas jalan raya.

"Sayang nak pergi kerja ke?" tanya Jihyun pada Hoseok yang sudah menukar pakaiannya.Tengok tu,baru je Hani pesan.Hoseok mengangguk perlahan.

"Sekejap je.Baby nak ikut tak?"

"Boleh ke?" Sudah lama Jihyun tak ikut Hoseok ke studio.Dia punya sekejap bukan boleh percaya.Paling tidak,tiga ke empat jam baru selesai.Sekejap sangat....

"Saya nak tengok budak-budak tu record lagu.Lepastu kita shopping barang untuk adik nak?" tanya Hoseok semula.Mereka menggelarkan bayi itu 'adik' kerana jantinanya tidak diketahui.

"Sayangku,barang adik dah penuh satu bilik tu." Jihyun menggeleng perlahan.Hoseok kalau beli barang untuk baby,satu kedai tu dia nak borong.

"So kita shopping barang mummy dia.Nak ke tak?"

"Of course lah nak.Sekejap,saya tukar baju." Jihyun berlalu masuk ke dalam rumah.

"Sayang...."

"Baby nak apa?" tanya Hoseok.Kalau isteri dia dah panggil mendayu-dayu serupa itu,mesti nak sesuatu.Dia mengerling sekilas ke sebelah.Jihyun tersengih-sengih memandangnya.

"Teringin nak makan sushi."

"Nanti kita cari ye."

"Tak apa lah,kerja sayang lagi penting kan?" ujar Jihyun seperti berjauh hati.Mukanya dipalingkan ke arah tingkap.Air mata yang bertakung diseka.

"Baby,janganlah nangis.Okay okay,kita pergi beli sushi ye." pujuk Hoseok dengan pantas.Mood ibu mengandung jangan buat main.Kalau dia mengamuk nanti,mahu melayang ke gaung kereta tu.

"Betul?"

Hoseok mengangguk.Terus melebar senyuman di bibir Jihyun.Dia singgah sebentar ke restoran makanan Jepun untuk membeli sushi yang Jihyun mahu.Setelah itu,barulah dia bergerak ke bangunan BigHit.

His Childish Lover -JHSWhere stories live. Discover now