04

124 12 4
                                    

"Mana pulak budak ni?Menyusahkan betul!Dah sampai tu tak payah lah nak merayau.Huh!" Hani merungut geram.Tadi Puan Jung menyuruh dia menjemput abangnya di airport.

Tadi mesej orang kata dah sampai,tapi satu airport dia rayau tak jumpa-jumpa jugak.

"Awak..Kita buat apa kat sini?Jihyun penat lah,nak balik rumah..." Jihyun mengadu kepenatan.Bibirnya dicebik.Dari tadi dia ikut Hani merayau keliling airport.

"Sekajap lagi kita balik ye,kakak.Hani tunggu abang ni,mana entah dia pergi.Orang call tak angkat.Baik campak je telefon tu dalam sungai."jawab Hani berserta bebelan buat si abang.Telefon dilekapkan pada telinga.Kalau abangnya tak angkat juga,memang dia tinggalkan dekat airport ni.Pandai-pandai lah balik sendiri.

"Pandai pun kau angkat call!Kalau abang tak angkat tadi,memang Hani tinggalkan abang dekat sini!Hani ada dekat depan pintu ketibaan apa benda entah.Abang datang sini sekarang!Kalau tak Hani tinggalkan abang." Terus dia membebel pada abangnya sebaik sahaja talian bersambung.

Hani menghela nafas kasar.Penat betul berurusan dengan manusia yang tak faham bahasa.Jihyun dipandang sekilas.

"Kakak tunggu sini sekejap,Hani nak pergi tandas."

"Hani,janganlah tinggalkan Jihyun sorang-sorang.Nanti ada orang jahat datang." Jihyun menggenggam tangan Hani erat.Tercebik-cebik bibirnya menahan tangisan.

Drama betul...Toilet tu tak sampai 100 meter.

"Sekejap je,nanti Hani belanja kakak aiskrim." Hani segera berlalu ke tandas.

Jihyun menyandarkan badannya ke kerusi.Jarinya dilaga-lagakan kebosanan.Orang yang lalu-lalang diperhatikan.

Jihyun mengangkat wajahnya apabila bahunya dicuit.Cepat-cepat dia berdiri lalu menjauhi lelaki yang mencuit bahunya itu.

"Hey Hyun,kau ni kenapa?Adik aku mana ni?"

"Pakcik ni siapa?"tanya Jihyun takut-takut.

"What?!Pakcik?!" Lelaki itu menjerit tak percaya.Dia mendekati Jihyun.

"Tolong!!!Ada orang jahat kacau kita!" Jihyun menjerit dengan kuat.Lelaki itu tercengang seketika.Cepat-cepat dia menarik Jihyun ke arahnya lalu dia mulut Jihyun ditekupnya.Jihyun meronta-ronta sambil menangis ketakutan.

"Kakak-" Terhenti langkah Hani bila matanya melihat situasi di mana Jihyun sedang menangis sambil meronta-ronta dalam pelukan seorang lelaki.

"Jung Hoseok!!!!"jerit Hani geram.Telinga lelaki yang memeluk Jihyun itu dipulas geram.

********

"Kenapa dia macam orang tak betul je?"

"Woi!Kau boleh cakap slow sikit tak?!" Hani berbisik keras memarahi abangnya.Jihyun dipandang sekilas melalui pantulan cermin.

"Apa?" Hoseok tayang muka tak bersalah.

Hani merengus kegeraman.Nasib baik dia tengah memandu,kalau tak memang telinga orang sebelah tu dah kena piat.

"Kak Jihyun sakit lah."ujar Hani perlahan,tak mahu didengari oleh Jihyun.

"Sakit apa?"

Hani menampar peha Hoseok dengan kuat.Orang dah kata suara tu perlahankan,tak faham-faham jugak.Hoseok menggosok pehanya yang terasa pijar.Tangan Hani tu macam besi.Sekali kena tampar,memang meninggalkan kesan.

"Kau memang suka dera abang sendiri kan?"tanya Hoseok dengan nada sarkastik.

"Nak buat macam mana,dah abang ni layak didera."balas Hani tanpa rasa bersalah.Dia menayangkan senyuman mengejek pada Hoseok.

"Kenapa dia takut tengok aku?"

"Jangan kata kak Jihyun,Hani pun takut tengok abang tahu tak?Abang ni kenapa?Tak terurus langsung.Dengan muka tak bermaya tu.Macam orang gila terlepas je."

Mana taknya,penampilan Hoseok memang menyeramkan. Rambut yang panjang hampir ke paras bahu menutup mata,dengan tak bersikat.Muka tak bermaya.Sebiji macam orang gila terlepas.

Nasib baik muka tu tak berjambang.Kalau tidak,itu bukan orang gila lagi.Dah masuk kategori monyet dekat dalam hutan tu.

"Okay apa."

"Okay?!Abang nak bagi omma dapat heart attack ke apa?Hani tak kira,sebelum balik rumah ni...Abang kena potong rambut tu.Dah rupa macam perempuan sesat pun ada."bebel Hani lagi.Keretanya diberhentikan di kedai gunting rambut.Hoseok dipaksa turun dari kereta walaupun lelaki itu berkeras mahu balik terus ke rumah.

.........

570 words

Cukup 3 chapter ✔✔✔

Next update..tunggu aq rjin yerrr

His Childish Lover -JHSWhere stories live. Discover now