Him : 3°

43 4 0
                                    

Hoseok bergegas ke hospital setelah menerima panggilan daripada Jihyun. Segala kerjanya ditinggalkan sahaja. Malah, dia cuma sempat meninggalkan memo di pintu studio Namjoon, meminta supaya perbincangan mereka ditangguhkan ke lain waktu.

Langkah diatur pantas ke wad yang menepatkan Sarang. Figura seorang wanita yang teresak-esak menangis menyayat hatinya. Lantas ditarik tubuh kecil itu ke dalam dakapannya. Belakang Jihyung diusap perlahan.

"Shuhhh... Jangan menangis, Sarang okay je. Awak jangan risau sangat." kata Hoseok berniat untuk menenangkan Jihyun.

Namun lain pula reaksi yang diberikan Jihyun. Dia menolak Hoseok menjauhinya.

"Macam mana saya tak risau?! Yang sakit, terbaring kritikal tu anak saya tau. Anak saya! Saya yang lahirkan dia. Awak tu lain lah, langsung tak peduli dengan anak sendiri. Yang awak fikir cuma kerja, kerja dan kerja awak je!" marah Jihyun.

Segala rasa yang dipendam selama ini diluahkan tanpa sengaja. Fikirannya terlalu bercelaru sehingga dia bertindak mengikut emosi bukan akal fikiran yang waras.

"Awak letakkan semua salah pada saya? Apa tanggungjawab awak sekarang? Jaga Sarang kan? Macam mana awak boleh tak perasan yang Sarang sakit? Bila dah teruk macam ni baru tahu nak bawak pergi hospital? Baru tahu nak inform saya?" bidas Hoseok.

"Sebab selama ni, saya cuba faham dengan kerja awak yang tak pernah habis tu!" jeritnya geram. Sungguh dia tidak dapat menerima apabila Hoseok menyalahkan dirinya.

"Jadi jangan letakkan salah tu 100% pada saya!" Hoseok turut meninggikan suara.

"Kau dua orang, kalau nak bergaduh tolong keluar dari hospital ni. Mengganggu ketenteraman pesakit lain." Taehyung mencelah dari muka pintu. Riak wajahnya sungguh serius. Dari luar dia boleh dengar suara mereka bertengkar. Pandangan tajam diberi kepada pasangan itu sebelum dia beredar.

"Pergi." halau Jihyun setelah Taehyung beredar. Dia terlalu beremosi sehingga tidak mampu untuk melihat wajah Hoseok.

"Jihyun--"

"Saya kata pergi. Studio awak lagi penting dari kami. Saya faham." ujar Jihyun sinis. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah Hoseok. Bunyi pintu ditutup menandakan Hoseok sudah beredar. Jihyun menghela nafas lemah. Wajahnya diraup kasar.

"Maafkan saya, Hoseok."

K nah gudluck fizik esok gais!

His Childish Lover -JHSWhere stories live. Discover now