14

105 11 0
                                    

"Hoseok turun makan!" laung Puan Jung dari meja makan.Pinggan disusun buat mereka berdua.

"Hani mana?" Kerusi ditarik.Dia menyambut pinggan berisi nasi yang dihulur oleh Puan Jung.Bukan Hani sahaja yang tak ada bersama,Jihyun juga.

"Hani keluar dengan kawan-kawan dia."

"Jihyun tak balik lagi ke?" tanya Hoseok bila Puan Jung langsung tak menyebut tentang Jihyun.Terpaksalah dia tanya jugak.

Puan Jung menggeleng. "Biarlah,bukan dengan orang lain pun.Doktor Kim tu dah lama kenal Jihyun."

"Omma ni,percaya sangat dengan Doktor Kim tu.Entah-entah dia tu ada niat jahat." Hoseok meluahkan rasa tidak puas hati apabila ibunya menyokong Taehyung.

"Niat jahat apanya?Bukannya Jihyun tak pernah keluar dengan Doktor Kim,dah selalu lah diorang keluar berdua.Elok selamat je Jihyun tu sampai ke rumah."

"Kamu tu yang negatif sentiasa." sindir Puan Jung.Terus terdiam Hoseok.Tak mampu nak membalas kata-kata ibunya.Dia meneruskan suapan tanpa berkata apa-apa lagi.

"Kamu ni bila nak kahwin?"

Uhuk!

Cawan air dicapai.Dia meneguk rakus air di dalam cawan itu.Tekaknya terasa perit dek kerana makanan yang dimasak oleh Puan Jung agak pedas.

"Cuba makan tu elok-elok sikit." Puan Jung menggeleng perlahan.

"Omma tiba-tiba tanya pasal kahwin,siapa tak terkejut?" Dia menambah air ke dalam cawannya.Tekaknya masih belum rasa lega.

"Jung Hoseok,sila sedar diri.Umur kamu dah nak dekat 30 tahun.Kamu tu makin lama makin tua.Bukan makin muda.Kalau kamu tak kahwin,siapa nak bagi aku cucu?"

Hoseok tayang pokerface bila Puan Jung dah buka topik pasal kahwin.Ibunya memang sentiasa begitu.Dari dulu lagi,asal dia telefon je mesti tolik pasal kahwin juga yang muncul.

"Hoseok nak kerja dulu lah."

"Kamu nak kerja berapa lama lagi?Apa lepas kahwin kamu dah tak boleh nak kerja ke?" Ingatkan lepas bagi jawapan selamat,Puan Jung berhenti dari topik ni.

"Omma pun tahu,masa kerja Hoseok tak menentu.Ada ke perempuan yang boleh tahan?"

"Dah tu?Kau nak membujang sampai ke tua?"

Kali ini Hoseok cuma diam sebagai balasan.Berdebat dengan Puan Jung memang tak ada peluang nak menang.

"Omma tengok,Ryujin tu macam faham kamu.Tadi kamu tinggalkan dia pun dia tak kisah." Nada suara Puan Jung kini bertukar.Hoseok menghela nafas berat.Dah dapat agak niat Puan Jung.

Pinggannya dibawa ke singki.

"Cubalah kamu kenal-kenal dengan dia.Mana tahu single.Boleh omma buat jadi menantu." Tak sangka sampai ke singki Puan Jung ikut dia.

"Omma,Hani tu perempuan lah."

"Bukan untuk Hani lah bongok!Apa nasib aku ada anak bebal macam kau ni?" Puan Jung mengetuk kepala anaknya.Geram dengan kebebalan Hoseok.

403 word

His Childish Lover -JHSWhere stories live. Discover now