"Javier mana?" tanya Jihyun sekadar memulakan perbualan.Fikirnya, Jeonghan akan membawa Jabier sekali. Rupanya tidak. Tiba-tiba rasa menyesal pula setuju keluar dengan dia.
Satu fakta yang Jihyun baru tahu, ibu Javier sebenarnya telah tiada. Selama ni dia fikir, Jeonghan jenis yang tak sedar diri. Dah ada isteri masih nak kacau dia. Rupanya, dia yang tuduh melulu.
"Javier ikut nenek dia." jawab Jeonghan ringkas. Jihyun mengangguk faham. Keadaan kembali sunyi.
"Dah sampai. Jom makan dulu." ujar Jeonghan tiba-tiba setelah dia memakirkan keretanya.
"Seafood?"
"You tak makan seafood ke?"
"Tak ada lah." Jihyun menanggalkan seatbelt lalu turun dari kereta.
Mereka masuk ke dalam restoran makanan laut itu.Meja di hujung restoran menjadi pilihan Jeonghan.Jihyun cuma menurut tanpa banyak cakap.
"I pergi tandas sekejap." ujar Jihyun apabila mereka berdua selesai makan.
"I tunggu you dekat kereta." pesan Jeonghan sebelum berlalu ke keretanya.
Jihyun melangkah ke tandas.Selesai menunaikan hajatnya,dia berjalan ke arah kereta.Baru sahaja kakinya melepasi pintu tandas,dia terperasankan tali kasut yang tidak berikat.Terus Jihyun menunduk untuk mengikat tali kasut itu.
Buk!
Jihyun terduduk disebabkan dia dilanggar oleh seseorang.Jalan punya besar situ jugak dia nak lalu.Takkan tak nampak orang tengah ikat kasut kot?
"Sorry."
"Excuse me." kata Jihyun serentak bersama dengan orang yang mengucapkan maaf itu.
Mata Jihyun membulat apabila dia memandang lelaki yang melanggarnya.Jantungnya berdegup kencang.Peluh dingin menitik.Adrenalin meningkat.Nafas seperti tersekat.
Matanya kekal merenung lelaki itu.
Satu minit.
Dua minit.
Tiga minit.
Hingga ke minit yang keempat barulah dia tersedar.
Pantas Jihyun menunduk dan meminta maaf.Cepat-cepat dia beredar meninggalkan lelaki itu.
"Kau muncul." gumam lelaki itu perlahan.Senyuman sinis terukir di bibirnya.Jalan yang dilalui oleh Jihyun dipandang dengan mata yang tajam.
*******
Jeonghan mengerling sekilas ke arah Jihyun di sebelahnya.Perempuan itu lagi termenung.Sejak keluar dari restoran,dia perasan Jihyun asyik termenung.Waktu dia bawa Jihyun ke kedai buku,senyuman yang terukir di bibir Jihyun cuma palsu.
Sedangkan,Jihyun sangat suka membaca buku.Lebih-lebih lagi novel.Tetapi tadi,tiada langsung riak teruja terpapar di wajah Jihyun.
"You okay?"
Jihyun sedikit tersentak dengan teguran Jeonghan secara tiba-tiba. "Okay je."
"I ada buat salah ke?" tanya Jeonghan lagi.Mana tahu kalau Jihyun ada terasa hati dengannya.
"Tak. I penat... Mungkin?"
Selepas itu, masing-masing diam. Jihyun kelihatan tak ada mood. Jadi Jeonghan cuba untuk memahami keadaannya. Perjalanan mereka pulang hanya ditemani bunyi radio.
"Terima kasih." ucap Jihyun ikhlas sebelum dia melangkah keluar dari kereta Jeonghan.
"Get some rest, Hyun-ah." Jeonghan melambai ringkas sebelum bergerak meninggalkan kawasan rumah itu.
Hilamg keibat Jeonghan, barulah Jihyun menghampiri Daehwi yang sudah menunggu di depan pintu. Dia cuba melihat lelaki yang menghantar kakaknya pulang tetapi tak kelihatan.
"Siapa?" tanya Daehwi curiga. Kening diangkat. Senyuman nakal menghiasi bibirnya.
"Kawan." Ringkas dan padat jawapan Jihyun.
"Boyfriend." Daniel pula menafikan. Dan-dan dia mendapat jelingan maut dari Jihyun. Daehwi sudah tersengih-sengih.
"Jangan merepek." tukas Jihyun tegas lalu terus berlalu masuk ke dalam rumah untuk naik ke biliknya.
Daniel dan Daehwi saling berpandangan. Pelik dengan angin Jihyun yang tak berapa nak baik.
"Kenapa dengan kakak tu?"
"Entah." Daniel mengangkat bahu.
498 words
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...