"Mana Jihyun?" tanya Hoseok pantas sebaik sahaja Taehyung membuka pintu rumah.
"Ada, berkurung dalam bilik."
Hoseok menghela nafas lega. Seharian mereka mencari Jihyun. Mujur Taehyung terjumpa Jihyun di perhentian bas. Terus dia bergegas ke rumah Taehyung.
"Tapi dari tadi dia tak nak keluar. Makan pun tak nak." kata Taehyung bernada risau.
"Tae, patut ke aku bawa Jihyun jumpa kaunseling?" Tangannya menolak rambut ke belakang. Sebuah keluhan kecil terlepas.
"Aku rasa itu yang sepatutnya. Aku tengok keadaan dia makin teruk. Kalau dibiarkan, entah apa yang jadi."
"Abang." tegur Hani. Sayu matanya memandang ke arah Hoseok. Gelengan lemah diberi.
"Kakak tak nak makan." ujarnya sebelum melabuhkan punggung di sebelah Taehyung.
Hoseok mendaki tangga ke bilik yang dihuni Jihyun. Pintu diketuk beberapa kali. Beberapa saat menunggu masih tak ada balasan. Tombol pintu dipulas sebelum dia menolak perlahan pintu bilik itu. Figura yang duduk memeluk lutut di atas tilam dihampiri.
Jihyun menyembamkan mukanya ke lutut, mengelak dari memandang Hoseok. Tilam di sebelah Jihyun mendap sedikit, menandakan Hoseok mengambil tempat duduk di situ. Dia masih membatukan diri. Sedikit pun tidak mahu menoleh.
"Baby...." panggil Hoseok lembut.
Tiada sahutan. Hanya bunyi kipas yang menemani mereka berdua.
"Jihyun." panggilnya sekali lagi. Mukanya didekatkan dengan Jihyun.
"Awak marah saya ke, Jihyun?" Perlahan dia berbisik ke telinga Jihyun.
"Saya minta maaf." Tangan Hoseok merangkul bahu Jihyun lalu ditarik masuk ke dalam dakapannya.
"Pergi." kata Jihyun tak bernada, masih tidak mengangkat wajah.
"Tak nak." balas Hoseok, merehatkan dagunya di bahu Jihyun.
"Baby, saya ada surprise ni." Pipi kiri Jihyun dicium pantas.
"No." Dia menolak Hoseok dari terus bersandar di bahunya.
"Saya tak terima no sebagai jawapan."
"Now, kita kena buat sesuatu dengan budak masam ni." Hoseok mengukir senyum. Lebih kepada senyuman jahat. Terus sahaja dia mengangkat Jihyun cara bridal style. Pintu bilik mandi ditolak dengan kaki sebelum dia meletakkan Jihyun di bawah pancuran air.
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...