Dia merebahkan dirinya ke atas katil.Kipas di siling yang berpusing diperhatikan lama.Beberapa keluhan terluah dari bibirnya.Fikirannya melayang.
"Dia maksudkan aku ke?"
Posisi baringnya diubah kepada meniarap.Matanya tertacap pada bantal merah berbentuk hati di atas meja kecil yang terletak di sebelah katil.Tangannya mencapai lalu dia memeluk bantal itu.
"I miss you more." katanya secara berbisik.Bantal tersebut dicium beberapa kali lalu dipeluk semula.
Tok tok..
Pintu biliknya dikuak.Figura seoramg remaja lelaki belasan tahun menyapa pandangan matanya.
"Noona..."
"Daehwi." Dia menepuk ruangan kosong di sebelahnya.Remaja yang dipanggil Daehwi itu menghampirinya.
"Jihyun noona,sampai bila kita kena menyorok ni?" Kepalanya disandarkan ke bahu kakaknya.Jihyun tersenyum nipis.Dia mengusap kepala adiknya penuh kasih sayang.
"Sabarlah,selagi kita tak jumpa manusia tak guna tu.Selagi tu lah kita kena menyorok."balas Jihyun perlahan.Dia juga tak sanggup untuk teruskan segala penipuan ini.Dia sangat-sangat rasa bersalah pada Puan Jung dan Hani.
Hoseok...
Entah apa penerimaan lelaki itu jika dia tahu perkara sebenar.
"Noona,tidur sini tak?" Muka Jihyun dipandang.
Serba-salah Jihyun hendak mengatakan tidak.Wajah adiknya terlalu berharap.Dia tak nafikan yang Daehwi perlukan perhatian dan kasih sayang.Ibu bapa mereka meninggal dunia semasa Daehwi berusia 12 tahun.Dia pula terpaksa menyorok di rumah Puan Jung.
"Noona minta maaf,noona tak boleh tidur sini."
"Alahhhhh...Jom lah main video game sama-sama." Daehwi mencebik manja.
"Daniel hyung kan ada."
Daniel merupakan orang yang paling dia percaya selain Taehyung.Jihyun mengarahkan Daniel untuk menjaga Daehwi sepanjang dia tinggal bersama Puan Jung.
"Sorry kacau,tapi hyung kena hantar Jihyun noona balik sebelum aunty korang syak sesuatu." Taehyung menyampuk perbualan dua beradik itu.Lagilah bertambah masam muka Daehwi kalah asid etanoik.
"Nanti noona datang lagi." Kepala adiknya diusap sebelum dia bangun dari katil.
"Janji?"
"Ye janji."
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...