23

75 11 0
                                    

"Hoseok nak pergi mana tu?" tegur Puan Jung pada Hoseok yang bersiap-siap seperti mahu keluar.Teko berisi teh panas diletakkan ke atas meja makan.

"Kerja." jawabnya sepatah.Roti bakar disapu dengan jem lalu disuap ke mulutnya.Pandangan Ryujin dia abaikan.

"Kerja?"

"Saya rasa awak belum pekak." Hoseok membalas sinis.

"Kamu baru kahwin semalam Hoseok.Takkan hari ni terus kerja.Bos kamu tak bagi cuti ke?Kesian Ryujin ni." ujar Puan Jung menyebelahi Ryujin.

"Tak boleh omma,artis nak comeback.Hoseok kena siapkan lagu cepat."

"Masalahnya-"

"Awak faham kan?" Pintas Hoseok.Muka Ryujin dipandang.

"Tak apa lah omma,Hoseok kerja.Nak buat macam mana." Ryujin mengangguk dalam terpaksa.Padahal dalam hati mengutuk sakan.

"Selamat pagi!" Jihyun menyapa riang.Dia baru turun dari bilik bersama Hani.Kerusi di depan Hoseok ditarik.Nasi goreng dikaut ke dalam pinggannya.

"Dah elok demam,sayang?" tanya Puan Jung prihatin.Jihyun sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

"Dah aunty!Terima kasih jaga Jihyun semalam." ucap Jihyun ikhlas.Nasi disuap ke mulutnya.Sambil-sambil itu,dia mencuri pandang Hoseok.   "Pakcik."

"Hurm?"

"Terima kasih." ucapnya pada Hoseok pula.

"Sebab?" soal Hoseok curiga.Tiba-tiba cakap terima kasih.

"Suka hati kita lah!Kita nak cakap terima kasih je,itu pun tak boleh." balas Jihyun geram.Dia sembunyi senyum.Dia sedar sebenarnya waktu Hoseok masuk ke biliknya semalam.Sengaja dia berpura-pura tidur.

"Suka hati kau lah budak." Hoseok tayang muka menyampah.Kunci keretanya dicapai.Dia tak kuat untuk menatap wajah Jihyun dengan lebih lama.Ryujin menghantar Hoseok sehingga ke pintu rumah.

"Tengoklah abang kamu tu,tak habis-habis dengan kerja." bebel Puan Jung.Hani menggeleng perlahan.Dia pulak yang kena dengar bebelan.

"Biar lah omma,kan abang kata artis company dia nak comeback.Itu yang abang busy sikit.Tak akan lah itu pun Kak Ryujin tak boleh faham." Hani membela abangnya.Dia memandang sekilas dua manusia di pintu rumah.

"Saya balik lambat,jangan tunggu." pesan Hoseok sebelum berlalu ke keretanya.

Ryujin menahan tangan Hoseok sebelum lelaki itu membuka pintu kereta.Pipi suaminya dicium pantas.  "You nak I hantar lunch?"

"Tak perlu,pandailah saya cari makan sendiri." balas Hoseok mendatar.Tangan Ryujin ditepis.Tak sampai beberapa saat,kereta Hoseok berlalu meninggalkan perkarangan rumah.

Ryujin merengus geram.Tak sudah-sudah dia memaki Hoseok.Artis nak comeback.Busy.Alasan je semua tu!Untuk Jihyun boleh pulak ambil cuti.

Tanpa Ryujin sedari,sepasang mata memerhatikannya dalam diam.Setiap gerak-geri perempuan itu diperhatikan.Dia akan pastikan rahsia Ryujin terbongkar.

382 words

Readers mohon sedar ye...Ryujin tu isteri Hoseok.Terima takdir yg aq ciptakan ni 😂

His Childish Lover -JHSWhere stories live. Discover now