Aroma makanan menyapa deria bau Hoseok. Dia terjaga dari lena. Kaki dibawa melamgkah malas ke bilik mandi. Muka dicuci sebelum dia memberus gigi.
Selesai urusan dalam bilik mandi, terus dia melangkah turun ke dapur. Diintai dari celah dinding. Figura wanita yang sedang menghidangkan makanan ke atas meja makan dipandang lama. Mata digosok untuk memastikan yang dia tidak berhalusinasi.
"Morning dear! Awak intai apa tu? Sini lah, makan." panggil Jihyun ceria. Bibirnya mengukirkan senyuman manis buat Hoseok. Mi goreng dicedok ke dalam pinggan. Satu untuk dia, satu lagi untuk Hoseok.
"Err... Morning?" balas Hoseok ragu-ragu. Keliru sama ada dia masih tidur ataupun dia mamai. Ini mimpi atau imaginasinya sahaja?
"Tercegat lagi dekar situ dah kenapa? Biy, sini lah."
"Jihyun?" soal Hoseok ragu-ragu. Dia melabuhkan punggung pada kerusi yang ditarik Jihyun tadi. Gerak-geri wanita di hadapannya diekori.
Muka tu... Suara tu... Gerak tubuh... Semua seperti Jihyun.
"Awak nampak siapa?" Wanita itu mencekak pinggang. Kening dijungkit pada Hoseok.
"Jung Jihyun." Tak berkelip mata Hoseok. Takut kalau dia kelip, wanita depan dia itu menghilang.
"Kalau awak jawab nama lain tadi, saya belasah awak." Jihyun menjeling tetapi senyuman di bibirnya masih mekar. Dia melabuhkan punggung di depan Hoseok.
Kopi disisip sedikit. Rasa pahit dan manis kopi itu merangsang deria rasa Jihyun. Dia tersenyum. Puas hati dengan hasil air tangannya.
"Biy, saya dah lama tak masak. Kalau tak sedap, saya minta maaf tau." ujar Jihyun serba-salah. Hoseok langsung tak sentuh makanan dalam pinggan. Jihyun agak terasa.
"Eh?" Lelaki itu tersentak mendengar nada lirih isterinya. Sudu dicapai pantas. Sesuap nasi dikunyah ringkas lalu ditelan.
"Sedap." puji Hoseok ikhlas.
"Are you sure?" soal Jihyun kurang yakin dengan reaksi Hoseok. Suaminya mengangguk dan menyambung makan.
"Cuba lah rasa. Baru awak tahu saya tipu ke tak." kata Hoseok bila Jihyun masih ragu-ragu. Sudunya dibawa ke mulut Jihyun.
Teragak-agak Jihyun menganga. Tunas rasa mula bekerja untuk menganalisa rasa makanan.
"Sedap ke tidak?" soal Hoseok walaupun dia dah tahu jawapan.
"Erm." Jihyun angguk ringkas.
"See? Sayang masak always sedap tau."
"Thanks." Jihyun tersenyum gembira. Baru lah dia mula makan.
Cuma kedengaran bunyi sudu dan pinggan berlaga. Kedua-duanya senyap menikmati hidangan dalam pinggan mereka. Sesekali Hoseok mencuri pandang ke arah Jihyun.
Dia masih keliru. Semalam, Jihyun seperti hari-hari sebelumnya. Mengurung diri di dalam bilik. Menyekat hubungan dengan dunia luar. Menangis, malah menolak semua makanan yang diberi.
Tetapi hari ini, Jihyun di depannya. Tersenyum manis. Makan dengan penuh berselera.
Macam mana dia tak pelik?
Hoseok rasa macam mimpi. Dan jika ini mimpi, tolong....
Tolong jangan kejutkan dia.
"Ada sesuatu dekat muka saya ke?" soal Jihyun memecahkan kesunyian antara mereka.
Hoseok menggeleng. Dia memandang Jihyun serius. "I love you, sayang."
"I love you too. Awak dah kenapa ni? Mengigau ke apa?" Kening Jihyun berkerut keliru.
"Saya tengah mimpi kot." balas Hoseok lurus.
"Pelik-pelik je perangai dia ni." Jihyun menggeleng perlahan. Dia sambung makan. Malas nak layan perangai pelik Hoseok.
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...