"Jihyunnnn!!!"
Suara Hoseok bergema di seluruh rumah banglo dua tingkat milik Puan Jung.Nasib baik cuma mereka berdua sahaja di rumah.Jihyun yang ketika itu sedang bermain game di biliknya terkejut sehingga telefonnya dibaling tanpa sedar.
Segera dia mengutip telefonnya.Menggigil tangannya mahu mengangkat skrin telefon yang jatuh terlangkup itu.
Jihyun menghela nafas lega apabila tiada kesan retak pada skrin.Kalau retak tadi,memang dia suruh Hoseok ganti.
"Lee Jihyun!!!" Sekali lagi suara itu bergema.
"Apa lagi orang tua ni nak?" Jihyun merengus geram.Butang off ditekan.Telefonnya dibaling ke atas katil.Dia tak gila lagi nak campak handphone atas lantai.
Wajah innocent dipaparkan sebelum dia melangkah turun ke tingkat bawah. "Pakcik ni kenapa jerit-jerit?"
Jihyun menjenguk dari penghadang tangga.Dia menunduk ke arah bawah tempat Hoseok berdiri.
"Pergi tukar baju,aku nak keluar."
"Kenapa Hyun kena tukar baju?" tanya Jihyun polos.Nak keluar tu,keluar je lah.
"Dah tu kau nak tinggal sorang-sorang?"
Jihyun pantas tersedar akan kesilapannya.Mujur Hoseok tidak mengesyaki apa-apa.Dia terus berlalu ke biliknya.Almari baju dibuka.
Satu persatu baju di dalam almarinya dibelek.50% dari baju-baju di situ adalah Supreme.Memang dari dulu dia mempunyai minat yang sama dengan Hoseok.Sebab itu mereka rapat.Sampailah suatu hari,Hoseok tiba-tiba menghilangkan diri.
Jeritan Hoseok yang menyuruhnya cepat menyedarkan Jihyun dari terus termenung.Dia mencapai shirt putih bersama jeans biru lusuh dipadankan dengan cardigan berwarna peach.Rambutnya blondenya digayakan messy bun.
Suis kipas dan lampu biliknya ditutup sebelum dia melangkah turun ke bawah.Kelibat Hoseok sudah tidak kelihatan di ruang tamu.Mungkin ada di luar.
Jihyun menyarung sandal bertapak rata berwarna sepadan dengan cardigan yang dipakainya.Dia masuk ke dalam kereta dahulu.Pintu rumah biar Hoseok yang kunci.
"Kau bersiap berapa lama?Aku kata ce-" Masuk-masuk je dalam kereta,Hoseok mula membebel.Namun bebelannya terhenti sebaik sahaja dia memandang Jihyun.
Jihyun yang terasa seperti ditenung terus mengangkat wajah.Matanya bertembung dengan mata Hoseok.Buat seketika,mereka saling berbalas tatapan.
Hoseok tersedar setelah beberapa saat mereka berkeadaan sebegitu.Dia mengalihkan pandangan ke arah lain.Seatbelt ditarik sebelum dia memulakan pemanduan.
Suasana dalam kereta yang sunyi sepi membuatkan Jihyun rasa seperti mahu menjerit.Lagi-lagi bila Hoseok tidak memasang radio.
Dia mencuri-curi pandang Hoseok.Wajah lelaki yang serius semasa memandu itu mencuit hati Jihyun.Siapa tahu,di sebalik wajah itu sebenarnya dia takut.Jihyun masih ingat kali pertama Hoseok memandu.Untuk gerakkan kereta tak sampai seratus meter pun dia boleh menggigil.
"Kau kenapa senyum-senyum?" tegur Hoseok.Fokusnya untuk memandu terganggu apabila Jihyun tak henti-henti merenunganya.Jantung pula buat hal.Mengepam dengan laju.
"Macam mana pakcik boleh bawa kereta?" soal Jihyun polos.Sisinya yang innocent itu sering ditunjukkan ketika bersama Hoseok.Bukan sekadar lakonan semata-mata.
"Belajarlah."
"Pakcik tak takut ke?" Senyuman terukir di bibirnya apabila ada tanda-tanda Hoseok mahu diajak berbual.
"Bawa kereta je,nak takut apa." balas Hoseok riak.Keretanya diberhentikan apabila mereka sudah sampai ke destinasi yang dituju.
Jihyun kalih muka arah lain.Dia buat muka menyampah.Siapa entah yang menggigil dulu?
Seatbelt dibuka sebelum mereka turun dari kereta.Mata Jihyun meliar memerhatikan kawasan persisiran pantai itu.Tak ada orang lain kecuali mereka.
"Kenapa datang sini?"
"Adalah,jom cepat." Hoseok menarik tangan Jihyun supaya mengikutnya.Dia berjalan dengan berhati-hati di sepanjang persisiran pantai itu sehingga tiba di suatu kawasan.
Ada sekeping tikar terhampar di situ.Di atasnya terdapat bakul dan botol berisi minuman.Tak lupa juga,beberapa jenis buah-buahan dan dua bantal kecil.
"Happy birthday Lee Jihyun.Please stay beside me forever.I can't imagine my life without you.Deeply from my heart,I really love you."
Kata-kata yang diucapkan oleh Hoseok sungguh romantik kedengaran di telinga Jihyun.Hampir sahaja dia menitiskan air mata.Tetapi cepat-cepat riak wajahnya dikawal.Dia membuat muka seolah-olah tidak faham apa yang Hoseok katakan.
"Pakcik suka cakap bahasa alien kan?" Jihyun ketawa di hujung ayatnya.
"Kau tak faham langsung apa aku cakap?"
"Jihyun faham happy birthday je." Rasa bersalah menebal dalam dirinya.Sungguh kalau ikutkan hatinya,sekarang juga dia membalas kata-kata ucapan dari Hoseok.
"Kau ni kan...At least kau faham sikit." Rambut depannya diserabaikan oleh Hoseok.Dia tersenyum kelat melihat senyuman yang terukir di bibir Hoseok.
"Eh kau tak happy ke?Hari ni kan birthday kau?" Hoseok menarik Jihyun supaya duduk di atas tikar itu.
"Hyun rindu mama,papa dengan adik." Itu juga salah satu sebab mengapa dia bersedih.Selain dari menipu Hoseok.
"Tapi,nasib baik pakcik ada!" Suaranya bertukar ceria kembali.
Jihyun mengalihkan pandangan ke arah langit.Pemandangan matahari terbenam di pantai memang sangat cantik.Dia berasa sangat terharu.Hoseok sanggup rancang semua ni.Sedangkan dia,terus menipu lelaki itu.
'Sorry Hoseok,saya terpaksa buat semua ni.And,I love you too.'
731 words
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...