31

69 8 4
                                    

Taehyung

Dia dah sedar

Disebabkan mesej dari Taehyung,Jihyun bergegas ke rumahnya.Sekarang,dia berdiri kaku di hadapan pintu bilik yang menempatkan Hyungwon.

Jihyun menarik nafas panjang sebelum menolak pintu bilik itu.Dia menghampiri lelaki yang duduk bersandar di kepala katil.

"Hey." Hyungwon menyapa Jihyun dahulu.Dia menukar posisi duduknya.

"Aku-"

"Aku-"

Serentak mereka berdua bersuara.Jihyun senyap membenarkan Hyungwon menghabiskan ayatnya dahulu.

"Aku serah diri.Kau boleh hantar aku pergi balai polis." ujar Hyungwon perlahan dengan senyuman nipis.

"Kenapa?" tanya Jihyun kurang percaya.

"Aku sayangkan kau.Takkan kau dah lupa?"

"Sayang sampai kau sanggup bunuh keluarga aku?" soalnya berbaur sindiran.Muka dipalingkan ke arah lain.Hatinya sakit apabila dengar perkataan sayang yang diungkap oleh Hyungwon.Sayang?

"Aku tahu,aku memang tak guna.Pengecut.Aku takut dengan ugutan Ryujin." Hyungwon masih lagi tenang.Malah bibirnya masih mengukir senyuman manis.

"Nak tahu kenapa Hoseok kahwin dengan Ryujin?" tanya Hyungwon sengaja.Dia tahu Jihyun tertanya-tanya tnetang hal itu.

Jihyun memandang Hyungwon dengan perasaan ingin tahu.

"Aku ugut nak bunuh kau." ujar Hyungwon selamba.

"Atas arahan Ryujin." sambungnya lagi.

Jihyun terdiam mendengar pengakuan Hyungwon.Sungguh dia tak sangka sampai begitu sekali Ryujin sanggup buat untuk dapatkan Hoseok.

Masing-masing terdiam.Hyungwon memberi ruang untuk Jihyun menerima hakikat.Bukan senang nak percaya cakap pembunuh kan?

"Kenapa kau tak minta maaf?" tanya Jihyun secara mengejut.

"Maaf dapat putarkan balik masa ke?" tanya Hyungwon kembali.Jihyun terdiam.Perkataan maaf tak dapat merubah apa-apa.

"Tuntut keadilan untuk family kau."

"Kau tahu kau pun akan kena jugak kan?" Jihyun sengaja menduga.

Hyungwon mengangguk lemah.Dia tahu dia turut terlibat.Jadi dia tak boleh lari.Cukup-cukup lah jadi pengecut.

Jihyun melangkah ke pintu keluar.Baru sahaja tanganya menyentuh tombol pintu,kata-kata Hyungwon menghentikan perbuatannya.

"Tolong jagakan anak aku.Dia nyawa aku." pinta Hyungwon dengan nada berharap.Jihyun mengangguk tanpa memandang ke arah Hyungwon.

"Terima kasih sebab jadi berani." kata Jihyun perlahan lalu menutup pintu.

"Semua dah setel,bila kau nak bagitahu keluarga Jung?" tanya Taehyung semasa Jihyun melintasi ruang tamu.

Jihyun mengambil tempat di sofa di depan Taehyung.Nafas berat dihela.

"Bagi aku,satu malam." ucap Jihyun perlahan.Dia akan tamatkan semua penipuannya malam ini.

334 words

His Childish Lover -JHSWhere stories live. Discover now