Gaun putih yang tersarung ditubuhnya dipandang tanpa perasaan.Dia cuba mengukir sebuah senyuman namun gagal.Bibirnya tak mampu tersenyum walaupun hanya sebuah senyuman palsu.
Perit.
Itu yang Jihyun rasakan sekarang.Dia cuba menafikan perasaannya akan tetapi dia cuma manusia biasa.
Mungkin hari ini hari bahagia buat Hoseok dan Ryujin.Hari ini hari bahagia buat Hani.Dan hari ini hari paling bahagia buat Puan Jung.Tetapi bukan untuk Jihyun.
Andai sahaja dia boleh lari dari sini.Sudah pasti dia akan lari hingga ke hujung dunia.
Realitinya,di mata semua orang dia cuma Jihyun.Seorang gadis yang berperwatakan seperti kanak-kanak.
Ting!
Daehwi
Noona be strong
Jangan risau lah
Noona okayNoona tak nak lari ke
Mana boleh
Nanti rahsia kita bocorNoona jangan nangis lagi
Noona kan kuat
Noona kena pergi
ByeNoona jaga diri
Chat bersama Daehwi terus dia padam sebagai langkah berjaga-jaga.Mana tahu kalau ada orang selongkar handphone dia.
Jihyun melangkah turun ke tingkat bawah di mana Puan Jung dan Hani berada.Hoseok juga ada di situ segak dalam persalinan sebagai pengantin.
Jihyun mencuri-curi pandang wajah Hoseok.Dia tak dapat meneka perasaan Hoseok berdasarkan riak yang terpapar di wajah lelaki itu.
'Move on Jihyun...Dia dah nak kahwin.' Kata-kata semangat diucap di dalam hati sekadar untuk menangkan dirinya sendiri.Senyuman kelat diukir.Langkah diatur menuju ke kereta.Dia mengambil tempat duduk di sebelah Puan Jung manakala Hani memandu.
Ting!
Hoseok Jung
I wish it's you
Pakcik
Hyun tak fahamBe mine
Princess???
Jihyun mengerling Hoseok melalui cermin sisi.Dia mengeluh apabila Hoseok tidak membalas mesejnya.
Telefonnya turut dimatikan lalu disimpan ke dalam beg.Tubuhnya disandarkan ke kerusi.
"Jihyun monyok je kenapa?" tegur Hani.
"Ermm lepas ni pakcik mesti tak nak kawan dengan Jihyun lagi.Pakcik dah ada kawan baru."ujar Jihyun dengan nada sedih.
"Mana boleh pakcik tua tu lupakan Jihyun yang comel ni." Hani ketawa sinis selepas dia mengutuk Hoseok.
Hoseok diam tidak membalas.Pandangannya ditumpukan ke jalan raya yang lenggang. Fikirannya berserabut.Dia tak tahu sama ada ini pilihan yang terbaik.
319 words
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...