Pagi-pagi lagi,rumah Puan Jung sudah riuh-rendah dengan suara-suara penghuni rumah itu.Masing-masing tercari-cari kelibat Jihyun yang hilang secara tiba-tiba.Satu rumah dicari masih tak jumpa.
Ke mana pula Jihyun menghilang?
"Hoseok,takkan kamu tak nampak dia langsung?" tanya Puan Jung risau.Dia cuba mendail nombor Jihyun tetapi telefon itu dimatikan.
"Tak.Semalam Hoseok tertidur.Sedar-sedar je dah pagi." balas Hoseok juga risau.
Puan Jung segera berlari keluar apabila mendengar bunyi kereta.
"Hani jumpa tak?"
"Tak omma.Hani siap pergi sekolah dia,tapi Jihyun tak ada." balas Hani perlahan.Dia sudah mencari kawasan terdekat.
"Tolonglah jangan jadi apa-apa." Puan Jung hampir jatuh terduduk.Ryujin pantas menahan lalu memapah Puan Jung ke sofa.
"Omma sabar ye.Ryujin yakin Jihyun selamat." Ryujin menenangkan Puan Jung.Riak wajah risau yang dibua-buat terpamer di wajahnya.Sedangkan dia gembira atas kehilangan Jihyun.Dasar munafik!
"Omma." panggil Hani perlahan.Jarinya menunjuk pada beberapa orang lelaki beruniform di depan pintu rumah mereka.
"Selamat pagi,puan." Salah seorang dari mereka menunduk hormat.
"Kami diarahkan untuk menahan Cik Han Ryujin." ujarnya sambil menunjukkan sekeping surat seperti notis.
"Tapi-"
"Maaf cik,sila ikut kami ke balai." Dua orang anggota polis terus menggari tangan Ryujin.Dia meronta-ronta cuba melepaskan diri.
Ryujin dibawa masuk ke dalam kereta polis.Puan Jung,Hani dan Hoseok hanya mampu melihat dari jauh sehingga kereta polis itu hilang dari pandangan.
Bala apa pula yang datang sekarang?
224 words
Sorry pendek
And sorry pasal polis tu..maybe ayat aku tak betul 😂
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...