22

70 6 0
                                    

Majlis perkahwinan Hoseok dan Ryujin berjalan lancar mengikut perancangan.Puan Jung merupakan manusia yang paling gembira pada hari itu.Satu-satunya anak lelaki dia dah kahwin.

"Omma,Jihyun mana?Ryujin tak nampak pun." tanya Ryujin pura-pura ambil berat.Depan Hoseok kena lah berlakon.

"Jihyun dah balik dengan Hani.Jihyun demam,jadi omma suruh diorang balik dulu." terang Puan Jung.Semasa majlis tadi,suhu badan Jihyun naik mendadak.Kesudahannya,dia suruh Hani bawa Jihyun pulang.

"Teruk ke omma?" tanya Hoseok dengan nada risau.

"Panas juga badan dia tadi." Jawapan dari Puan Jung menambahkan kerisauan Hoseok.Ikutkan hati,dia nak balik sekarang juga.Namun,dia perlu menjaga hati Ryujin.Puan Jung juga dapat malu kalau dia tiba-tiba tinggalkan majlis.

Sedang mereka berbual-bual,Namjoon datang dengan kameranya.Taehyung turut ada sama.Dia sekadar datang untuk ucapkan tahniah.Itu pun atas jemputan Puan Jung.

"Aunty,saya balik dulu lah.Hani ada call tadi,katanya Jihyun demam." Dengan sopan santun Taehyung meminta izin pulang.Puan Jung mengangguk tetapi Hoseok menjeling tajam.Langkah Taehyung diekori diekori dengan ekor mata.

Hoseok tersedar apabila Ryujin menarik tangannya untuk bergambar.Namjoon sudah bersedia dengan kamera.Puan Jung turut serta sebelum dia meninggalkan pasangan itu untuk bergambar berdua.

*********

Ding Dong!

Hani bergegas membuka pintu.Senyuman terukir di bibir Hani apabila figura Taehyung menyapa pandangan mata.Lega rasanya bila Taehyung datang.Demam Jihyun masih belum reda.

"Jihyun macam mana?" tanya Taehyung semasa berjalan ke bilik Jihyun.

"Still demam,saya dah bagi ubat pun tak okay juga." Tombol pintu bilik Jihyun dipulas.Dia memandang ke arah Jihyun yang tertidur lena selepas makan ubat.

"Saya rasa dia terkejut Hoseok dah kahwin.Jihyun kan rapat dengan Hoseok,jadi dia takut lepas Hoseok kahwin pakcik dia tak nak kawan dia lagi." Hani duduk di birai katil.Dia memerhatikan Taehyung memeriksa Jihyun.

"Mungkin lah..." Taehyung mengiyakan.Sedangkan memang dia tahu yang Jihyun terkejut dengan semua ni.Tangisan Jihyun beberapa hari lepas cukup meyakinkannya.

"Tadi Jihyun ada sebut nama Hoseok dalam tidur." Cerita Hani lagi.

Selesai merawat Jihyun,Taehyung terus pulang.Tak elok rasanya dia berlama di sana.Lagi pun Puan Jung tak ada di rumah.

Hani menghantar Taehyung sehingga ke pagar.Pintu rumah dikunci setelah kereta Taehyung hilang dari pandangannya.Dia memandang sekilas ke tingkat atas.Televisyen dibuka.Langsung tak ada rasa nak datang ke majlis abangnya.Firasat dia mengatakan Ryujin ada niat tak baik.

********

Jam di skrin telefonnya dilihat.Waktu hampir nenunjukkan jam satu pagi.Ryujin dipandang seketika.Setelah memastikan Ryujin betul-betul terlena,Hoseok perlahan-lahan turun dari katil.

Langkah diatur ke pintu bilik tanpa sebarang bunyi.Bilik Jihyun dituju setelah berjaya menutup pintu biliknya tanpa menyedarkan Ryujin.Dengan langkah yang berhati-hati dia mendekati katil Jihyun.

Spontan bibirnya melakar senyuman.Figura seorang gadis yang tidur lena itu dipandang sayu.Tangannya menyentuh dahi Jihyun.Suhu badan Jihyun tak terlalu panas.Hoseok mengeluh perlahan.Dia duduk bersila bersebelahan katil Jihyun.

"Kau buat aku risau." kata Hoseok sendiri.Jihyun menggumam sesuatu sebelum kembali lena.Lengan Hoseok dipeluk tanpa sedar.

Hoseok terpana.Lengannya cuba ditarik tetapi lagi kuat Jihyun peluk.Entah apa yang Jihyun gumamkan.Hoseok tersenyum kecil.Kepala Jihyun diusap dengan tangannya sebelah lagi.

"Aku tak boleh lama." ujarnya sendiri walaupun Jihyun tak dengar.Wajah Jihyun tanpa sebarang cela direnung lama.Wajah itu kelihatan bersinar diterangi cahaya lampu tidur.Tak perlu make up tebal seinci,wajah itu cukup cantik di matanya.

507 words

Aq tau mcm apa je...tkde idea ahhh...😂

His Childish Lover -JHSWhere stories live. Discover now