26

72 8 0
                                    

Pintu ditolak tanpa menghasilkan sebarang bunyi.Dia bersandar ke bingkai pintu.Mata tertacap pada si adik yang bermain permainan video.Dia memggeleng perlahan.

Nampak sangat tengah lepaskan geram.Bukan main kuat dia tekan butang dekat controller.Kaki menapak mendekati si adik.Punggung dilabuhkan di sebelah adiknya.

"Buat apa?" tanya Jihyun sengaja mengajak adiknya supaya berbual.

"Game." Sepatah Daehwi membalas.Wajah kakaknya tidak dipandang.

Jihyun tersenyum nipis.Dia faham adiknya merajuk.Biasanya orang tanya sepatah,sepuluh patah dia jawab.Ini tidak,muka pun dia tak pandang.

"Marah noona eh?"

"Tak."

"Ye lah tu."

Daehwi menghempaskan controller ditangannya.Muka cemberut ditayang.  "Orang bosan lah duduk rumah.Nak keluar.Dah empat tahun Daehwi tak keluar tau."

"Buat apa keluar?Semua benda lengkap dekat rumah ni." Jihyun menyambung game yang di pause tadi.

"Orang nak hirup udara segar.Dah lima tahun terperap dekat sini.Lama-lama oksigen pun habis lah."

"Rumah ni bukan kedap udara pun.Tak ada maknanya oksigen habis." balas Jihyun tak nak kalah.

"Noona..." Daehwi sudah habis idea nak berbalah dengan kakaknya.Bila ajak keluar,macam-macam alasan Jihyun bagi.Lengan kakaknya ditarik-tarik.Tak cukup itu,pipi Jihyun pula dicubit.Sengaja dia mengganggu kakaknya bermain game.

"Haish!Bahaya lah dekat luar tu."

"Ye lah...Biar je lah Daehwi duduk sini sampai tua." Daehwi putus asa.

Jihyun memandang wajah mendung adiknya.Timbul rasa simpati.Memang betul,dah lima tahun Daehwi tak keluar dari rumah itu.Sekolah pun,homeschool.Jihyun menghela nafas kasar.

"Ye lah,pergi siap." putus Jihyun.Daehwi bersorak riang.Pipi kakaknya dikucup pantas sebelum dia berlari ke biliknya.Jihyun menggeleng perlahan.Ada je perangai pelik budak tu.

"Cepat sikit!Lambat noona cancel eh!"

"Okay!"

******

"Tadi kata nak hirup udara segar...Ni noona nak tanya,mana datang udara segar dekat tengah-tengah mall ni?" Muka Jihyun tak payah cakap,bengang habis.Tadi dekat rumah bukan main.Last-last diajaknya pergi mall.

"Alah noona...Daehwi sampai lupa bentuk mall ni macam mana tau." Daehwi tersengih menayangkan giginya yang tersusun rapi.Kakak dia ni,garang betul.

"Alasan!Kau nak video game baru kan?" teka Jihyun.Daehwi mengangguk pantas.Dah alang-alang kakak dia baik hati bagi keluar,baik beli terus.Tak payah suruh Daniel.

"Dah jom,nanti noona nak kena balik rumah aunty." Tangan Daehwi ditarik menuju ke kedai permainan video.Daniel mengikut dari jauh.

Sementara Daehwi memilih game yang dimahunya,Jihyun pergi ke rak patung mainan.Satu patung beruang putih yang memakai jaket hitam menarik minatnya.Ketinggian patung itu lebih kurang paras pinggang Jihyun.Baru sahaja tangan Jihyun mahu menyentuh patung itu,ada orang lain telah mengambilnya.

"Maaf cik,saya dapat dulu." Jihyun terkesima mendengar suara itu.Dengan pergerakan yang seperti siput,dia mendongak sedikit memandang orang itu.

"Cik?"

"Tak apa." Jihyun mengubah suaranya.Dia menunduk sedikit sebelum berlalu pergi.Jantungnya berdegup kencang.Dia menghampiri Daehwi yang sedang beratur untuk membayar.

Hoseok memandang ke arah yang dilalui oleh perempuan tadi.Dia tak dapat melihat wajah perempuan itu kerana ditutup dengan mask.Tapi,mata perempuan tersebut seperti dikenalinya.

"Abaikan je lah." Patung beruang putih itu dibawa ke kaunter untuk dibayar.

"Boleh buat delivery?" tanya Hoseok ragu-ragu.Kalau tidak,dia terpaksa pergi ke pejabat pos pula.Pekerja di kaunter itu mengangguk.Dia menghulurkan sekeping kertas dan pen beserta kad ucapan kepada Hoseok.

"Tolong hantar dekat alamat ni." Hoseok menghulurkan kembali kertas bertulis alamat itu kepada pekerja tadi.Kad dikepilkan pada telinga patung beruang itu.

514 words

His Childish Lover -JHSWhere stories live. Discover now