19

75 8 0
                                    

Tok tok!

Hoseok tersedar dari lamunan panjang.Pintu biliknya yang terkuak sedikit dipandang.Figura seorang perempuan menjengah kepala ke dalam bilik menyapa pandangan.

"Pakcik,kenapa tak tidur lagi?" Jihyun mendekati Hoseok dengan patung mang.Rambutnya yang baru ditukar ke warna hitam dipintal-pintal.Dia duduk di birai katil.

"Kenapa kau tak tidur lagi?" Soalan Jihyun dibalas dengan soalan.

Jihyun tayang muka menyampah.Orang tanya dia,dia tanya kita balik.Luku satgi baru hang tau!Bibirnya dicebik menyampah.

"Cebik-cebik...Aku cium nanti baru kau tahu." gumam Hoseok perlahan namun cukup untuk didengari oleh Jihyun.

"Gatal!" Tanpa sedar perkataan itu terpacul keluar dari mulut Jihyun.Pantas mulutnya ditekup.Riak wajah Hoseok berubah.

"Apa kau cakap tadi?"

Jihyun menggeleng pantas.Panahan mata Hoseok cukup buat semua rama-rama yang ada dalam perutnya terbang bebas.Dengan belalang,kupu-kupu,kumbang pun join sekali.

"Lee Jihyun..." seru Hoseok meleret dengan nada perlahan.Muka dirapatkan dengan Jihyun.Senyuman sinis terukir apabila terpandang muka Jihyun yang sudah bertukar pucat.Matanya turut terpejam.

Jihyun pantas mencelikkan mata apabila sesuatu yang lembut melekap di dahinya.Darah panas menyerbu ke muka.Pipinya bertukar kemerah-merahan.Jantung mengepam darah dengan laju.Hoseok dipandang dengan riak tak percaya.

Hoseok

Cium

Dia?!

"Lee Jihyun...Apa pun yang jadi lepas ni,tolong percayakan aku.Anggap apa yang aku buat sebab aku sayangkan kau.You're the one and only person that I love." Lengan Jihyun dipegang.Matanya merenung ke dalam mata milik Jihyun.Hoseok berharap dia buat keputusan yang betul.

Jihyun terpana mendengar kata-kata Hoseok.Mindanya cuba mencerna maksud tersirat di sebalik setiap ayat itu.Apa maksud Hoseok sebenarnya.

"Kenapa pipi tu merah,sayang?" Mata dikenyit nakal.Sengaja Hoseok menyakat Jihyun.

"Err...Hyun nak...errr...tidur...Hah!" Tergagap-gagap Jihyun membalas.Pipinya membahang panas.Apa kes main kenyit-kenyit mata.Kena sampuk dengan jin agaknya mamat ni.

Kelam-kabut dia turun dari katil Hoseok.Baru sahaja kaki mencecah lantai,Hoseok lebih cekap menarik tangan Jihyun sehingga perempuan itu terduduk semula.Kepalanya dibaringkan ke atas peha Jihyun.

"Teman aku." pinta Hoseok manja.

"Mengada!" Jihyun menarik rambut Hoseok.

"Jihyunnn sakitlah..." rengek Hoseok seperti budak-budak.

"Alololo...Cian pakcik tua ni.." Rambut Hoseok diusap lembut.Baru tarik sikit dah melolong macam kena dera.Manja terlampau.

"Don't leave me cause I'm not ready to let go." gumam Hoseok separa berbisik.Tangan Jihyun yang mengusap rambutnya membuatkan Hoseok berasa mengantuk.Hilang terus kerisauannya tadi.Tak lama itu,dia terlena.

Jihyun mengintai sedikit apabila tiada sebarang pergerakan dari lelaki itu.Wajah Hoseok yang tenang ketika tidur membuatkan Jihyun tersenyum.

"Hyun percayakan Hoseok...Dan Hyun harap Hoseok boleh percayakan Hyun walaupun apa yang jadi lepas ni." Kepala Hoseok dialihkan ke atas bantal.Selimut ditarik separas dada lelaki itu.Lampu tidur dipasang sebelum dia melangkah keluar.

401 words

Bersemut woiiii!!!meroyan aq kt sini 😂

Hari ni terlebih baik pulak..update bnyk2 😏

His Childish Lover -JHSWhere stories live. Discover now