09

128 10 0
                                    


"Kau fikir apa tu?Macam ada masalah besar je aku tengok."

"Ermmm...Pakcik..Hyun nak tanya boleh?"

"Tanya lah,sejak bila kau pandai minta izin ni?" Sempat diselitkan perlian buat Jihyun dalam kata-katanya.

"Pakcik takut tak kalau kena tinggal sorang-sorang?Pakcik nak tau tak,esok Hyun kena pergi hospital tempat orang sakit tu,tapi aunty kata dia tak ada teman Hyun.Biasanya Hyun pergi dengan aunty.Hyun takutlah nanti sorang-sorang,nanti kalau ada orang jahat nak tangkap Hyun macam mana?"

"Eh satu-satu lah,aku tak faham apa kau cakap."

"Pakcik jawablah..."gesa Jihyun lagi.Bulat matanya memandang Hoseok menunggu jawapan dari lelaki itu.

"Apa yang kau takut?Bukannya ada hantu pun."

"Memang tak ada hantu,tapi ada orang jahat!"

"Kau asyik cakap pasal orang jahat ni kenapa?Kau ingat ada ke orang jahat yang nak tangkap budak macam kau ni?Dah lah tak comel."kata Hoseok diselangi ketawa.

"Pakcik!!!" Jihyun menjerit geram.Muka masam mencuka.Orang serius dia boleh gelak pulak.

"Alah sorry sorry..Alahhh Hyun...Janganlah marah-marah.Cuba senyum sikit."

Jihyun menjeling Hoseok tajam.Hoseok semakin teruk ketawa bila Jihyun menjelingnya.

Budak tu fikir dia takut ke setakat jeling-jeling macam tu..

Dia mencubit pipi Jihyun yang kembung seperti pau itu.

"Pakcikkkk!!!" Jihyun menepis tangan Hoseok dari terus mencubit pipinya.Tapi lagi ditepis,lagi Hoseok cubit.Secara tak sengaja,jari Hoseok terkena mata Jihyun.

"Aduhh.."

"Jangan gosok,nanti merah mata tu." Jihyun mahu menggosok matanya namun Hoseok menghalang.

"Pakcik la ni..." Suara Jihyun bergetar seperti mahu menangis.

"Janganlah nangis.Sini pakcik tengok." Hoseok merapatkan mukanya dengan Jihyun.Bawah mata Jihyun ditarik sedikit lalu dia meniup mata Jihyun dengan perlahan.

Jihyun mengelipkan matanya beberapa kali.Tiba-tiba,matanya bertemu dengan sepasang mata milik Hoseok.Jarak wajah mereka sangat rapat sehingga dia dapat rasakan hembusan nafas lelaki itu.

"Pakcik." Jihyun memalingkan mukanya ke arah lain.Hoseok tersedar.Dia berdehem perlahan.Tangannya menggosok tengkuk.Tiba-tiba rasa kekok pula duduk berdua dengan Jihyun.

"Kakak,kenapa tak tidur lagi?" Hani menegur dari pintu.

"Nak tidur lah ni.." Jihyun memandang Hoseok seketika.

"Selamat malam pakcik." Dia melambai pada Hoseok dan terus berlalu masuk tanpa menunggu balasan.Sempat Jihyun mengucapkan selamat malam pada Hani semasa dia lalu di depan gadis itu.

Hani duduk di tempat yang tadinya diduduki Jihyun.Dia tersenyum sinis pada Hoseok yang berpura-pura memandang bulan.

"Abang."

"Hurm?"

"Dia bukan Jihyun yang dulu." Hani meninggalkan Hoseok bersendirian.Pandai-pandai lah abang dia nak faham sendiri.Hoseok mengeluh lemah.

"I miss you."bisiknya perlahan.

395 words

His Childish Lover -JHSWhere stories live. Discover now