Hoseok meregangkan badannya sebaik sahaja turun dari kereta.Dia menghampiri pintu rumah.Bahunya yang lenguh diurut perlahan.Kasutnya disusun ke rak kasut sebelum masuk ke dalam.
"Hoseok,kamu dah balik." tegur Puan Jung semasa Hoseok lalu di ruang tamu.Di sebelahnya ada seorang perempuan.Mungkin tetamu.
Puan Jung menyuruh Hoseok duduk serta dengannya.Dia terpaksa menurut walaupun rasa letih menguasai diri.Rumah yang terasa sunyi membuatkan dia rasa curiga.Tak ada pula suara Jihyun.
"Omma,Jihyun mana?"
"Doktor Kim bawa Jihyun keluar."
Jawapan dari Puan Jung melahirkan rasa kurang senang.Terbit rasa cemburu dalam hati Hoseok.Dia kurang berpuas hati kerana Puan Jung terlalu mempercayai Doktor Kim.
"Ahhh,tadi omma terserempak dengan kawan lama kamu." Puan Jung berbisik.Dia melirik ke arah Ryujin di sebelahnya.Dia meninggalkan Hoseok dan Ryujin berdua sementara dia berpura-pura sibuk di dapur.
"You jangan salah faham.Aunty ajak I datang rumah,I tolak mulanya.Tapi bila aunty beriya-iya,I jadi tak sampai hati pula nak tolak pelawaan dia." Ryujin memulakan perbualan.Kalau nak harapkan Hoseok, sampai kesudah dia rasa kekok.
Hoseok sekadar mengangguk.Dia langsung tak kisah tentang itu.Otaknya cuma memikirkan tentang Jihyun.Kadangkala dia terfikir yang Doktor Kim ada niat jahat.Sejak kali pertama berjumpa dengan Doktor Kim,Hoseok memang anti dengan doktor tu.
"Sorry ganggu.You mesti penat kan?You rehat je lah,I pun nak balik sejekap lagi." Ryujin pasrah apabila Hoseok seperti tidak berminat untuk berbual dengannya.
"Aku memang penat pun.Kau duduk lah dulu,lagipun kau datang nak jumpa omma." Terus dia memanjat anak tangga ke tingkat atas.Ryujin menghantar langkah Hoseok dengan pandangan matanya.Muka bengang dipapar sebaik sahaja Hoseok lesap.
"Jemput minum,Ryujin.Aunty tak sempat nak hidang apa-apa."
"Eh,susahkan aunty je." Senyuman paling manis diukir buat Puan Jung.
"Hoseok mana?" tanya Puan Jung apabila menyedari anak lelakinya sudah tiada di situ.
"Hoseok kan baru balik,biarlah dia rehat." Senyuman nipis diukir tanda tak apa.Dia mengerling ke arah tingkat atas rumah itu.Ryujin sembunyi senyum.
YOU ARE READING
His Childish Lover -JHS
FanfictionCompleted ✔ Pakcik ni siapa? -Lee Jihyun Jangan muncul depan aku lagi -Jung Hoseok Perjanjian antara kita dah tamat -Han Ryujin Sampai bila kita kena menyorok? -Lee Daehwi Kau yakin dengan keputusan ni? -Kim Taehyung ****** Lee Jihyun Berumur 22 ta...