41

69 9 0
                                    

Hoseok termenung di balkoni bilik hotel yang disewanya. Peristiwa di restoran siang tadi asyik berulang-ulang di mindanya.Jadi,dia tak salah tengok.

Meja paling hujung di pilih sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam restoran itu.Matanya meliar sekitar restoran sementara menunggu makanan sampai.

Matanya tertacap pada seorang perempuan yang duduk tak jauh dari mejanya.Dia tak dapat lihat keseluruhan wajah perempuan iu disebabkan perempuan itu memegang telefon.

Cuma,yang menarik perhatian Hoseok ialah mata perempuan tersebut.Matanya sama dengan Jiyeon yang dikatakan Anne.Juga sama dengan mata milik Jihyun.

Dia menggeleng perlahan.Matanya dikalihkan ke arah lain.Tak mungkin lah.Bukan Jihyun seorang sahaja yang mempunyai mata seperti itu.Namun,dia tidak dapat menahan diri dari terus memandang ke arah perempuan itu.

Hoseok mengeluh berat.Perempuan itu sudah tiada di meja tadi.Kakinya melangkah ke tandas untuk mencuci muka.Mungkin,itu dapat menyedarkan dia dari terus berhalusinasi.

Mukanya diraup berkali-kali.Tanpa sedar,dia terlanggar seseorang.

"Sorry."

"Excuse me." Nada perempuan itu seperti agak marah.Dia mendongak memandang ke arah Hoseok.

Dia terpaku melihat wajah perempuan itu.

Jihyun.

Buat beberapa minit,mereka saling berbalas pandangan.Tak ada sesiapa yang bersuara.Tak semena-mena,Jihyun menunduk pantas lalu segera meninggalkannya.

Ting!

Hoseok kembali ke realiti apabila pemberitahuan telefonnya berbunyi.Mesej dari Namjoon yang bertanya tujuan Hoseok menelefonnya dibiarkan tanpa balasan.

Seketika kemudian,nama Namjoon muncul di skrin sebagai pemanggil.Dengan malas,Hoseok menjawab panggilan itu.

"Kau dah pandai main ke?Bagus kan cikgu tu?" tanya Namjoon sebaik sahaja Hoseok menjawab panggilan.

"Anne?" duga Hoseok.

"Anne mana?Bukan ke patutnya Ji...."

"Apa yang kau dengan Hani rancang?" tanya Hoseok apabila Namjoon tidak meneruskan ayatnya.

"Pembetulan.Rancangan Hani dengan Taehyung.Aku ni mangsa keadaan je." balas Namjoon dengan nada tak puas hati.

"Siapa pemilik Hope Studio?"

"Jihyun lah!" jawab Namjoon.Dia fikir Hoseok sudah berjumpa dengan Jihyun.

"Dah agak." gumam Hoseok perlahan tetapi dapat didengari oleh Namjoon.

"Jangan kata kau belum jumpa Jihyun lagi...Ahhh matilah aku!!!Apakah...." Namjoon meratapi kecuaiannya membocorkan rahsia kepada Hoseok.

Talian terus dimatikan.Dia tak berminat nak mendengar ratapan Namjoon.

"Jiyeon huh?" Hoseok berdecit sinis.Rasa tertipu sekali lagi.

330 words

His Childish Lover -JHSWhere stories live. Discover now